Jumaat, 23 April 2021

Bila sakit jangan elak makan ubat....

Dulu saya obses dengan vitamin...jadi bila sakit saya tahan dan makan vitamin aje. Selama 10 tahun lebih saya tak amik panadol atau pil penahan sakit tapi saya gantikan dengan vitamin seperti vitamin C dan B complex [ sebagai vitamin yg menenangkan].
Namun saya ingat ianya adalah cara yang betul kononnya takut buah pinggang rosak makan ubat. Rupanya sangkaan saya MELESET sama sekali selepas saya belajar ilmu yang betul dari dua doktor ini iaitu Dr
Anya Tay Sin Yah
dan
Dr Jue
.
Bila sakit kena makan UBAT. Namun waktu yang sama makan supplement untuk membantu sel dan sistem kita improve dan lebih baik. Bukan bergantung selamanya dengan ubat. Makan ubat hanya untuk tempoh sakit sahaja.
Jadi saya decide nak buat perubahan....sebab kejahilan saya dulu masa dok Miri, saya suka makan buah potong dengan garam. DItambah kedai buah tu dekat dengan rumah [ dekat GK Pujut 3 Miri]. Apa jadi, lama lama saya dapat penyakit darah tinggi.
Bacaan bukan calang-calang...170/120 sehingga 190/130 tu bacaan biasa saya.
Ramai aje doctor advise amik ubat tapi saya buat dek aje. Mereka menekankan saya boleh mati mengejut kesan tekanan darah tinggi ni. Tapi saya senyum aje. Sebab saya kata, yg hidup pasti mati.
Namun sampailah ada sorang doktor tegur, puan tahu tak kesan jangka panjang penyakit puan ini adalah rosak buah pinggang....
gulp...saya benar-benar terkesan. Oh ok...ni kena buat sesuatu , detik hati saya.
Saya amik juga ubat yang disarankan namun takde sistem follow up....jadi usaha saya separuh jalan.
Terbaru saya ajak suami teman saya ke Klinik Hijraa di Chendering...jumpa Dr
Ahmad Samhan
...Bagi ubat dan sistem follow up. Dari seminggu ke sebulan...nampak improvement.
Ops bukan bergantung dengan ubat sahaja ya. Result yang saya dapat ni adalah usaha jaga waktu tidur [ tak tidur lewat dah ], bersenam [ naik gak treatmill], jaga makan, ambil vitamin dan makan ubat doktor.
Makan ubat sahaja tak boleh dapat best result kecuali ubah cara hidup dan cara makan ya.
So sapa yang ada masalah darah tinggi , jangan makan ubat atau vitamin sahaja, kena ubah cara hidup dan cara makan.
Saya baru buat ujian Renal Profile nak tengok eGFR latest...tengok kesan ubat pd buah pinggang. Nanti saya cerita dalam next posting apa yang saya trigger dari result tu.





📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689 🌻 

Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima kasih atas komen anda. Kami sangat menghargainya.