Isnin, 25 Januari 2021

Berdiet dengan oat dan ESP Shaklee

Memandangkan tahun 2021 masih lagi melalui PKP, nampak gaya terpaksa la usaha menjaga diet. So saya decide untuk kurangkan atau elakkan makan nasi. Saya cuma makan lauk [ iaitu protien sahaja].

Maka saya dapat idea, untuk lebih mengenyangkan dan menyihatkan , saya amalkan pengambilan ESP Shaklee bersama dengan oat. 

Oh tapi oat pula ada banyak jenis tau....Melalui artikel Jenis-jenis Oat  membuka minda saya...kena ambil tahu jenis oat yang kita amalkan. Walaupun nampak sama tapi ia tak serupa.



Oat terbahagi kepada beberapa jenis. Ada :

🖍️instant oat
🖍️quick oat 
🖍️rolled oat
🖍️steel cut oat

Mereka yang mahu diet , perlu tahu pengambilan oat yang betul-betul membantu menurunkan berat badan.

1) Instant oat dan quick oat mempunya G.I @ indeks glisemik yang tinggi. Lebih tinggi indeks glisemik, lebih tinggilah penyerapannya ke dalam darah sebagai gula.

2) Saya memilih Rolled oat sebab ianya sangat sesuai untuk berdiet. Diperbuat daripada bijirin oat yang dikukus dan kemudiannya digelek menjadi kepingan. Ianya tidak diproses sepertimana instant oat dan quick oat. Secara nutrisinya, Rolled Oat sangat membantu untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah dan membuatkan anda berasa lebih kenyang untuk waktu yang lebih lama.

3) Steel Cut Oat pula paling kurang diserap menjadi gula ke dalam darah. Oat jenis ini dipotong kasar-kasar daripada bijirin oat yang dipanggil oat groat.




Hari ni dah masuk 3 hari saya cuba tak makan nasi....tapi saya gantikan dengan ESP Shaklee bersama rolled oats. Untuk menghilangkan rasa muak, saya cuba tambahkan buah-buah yang ada di rumah...antaranya rasberry dan blackberry kerana 2 buah ini sangat kaya dengan serat.

Saya akan update kesannya selepas saya amalkan 30 hari nanti ya. Stay tune.

Nanti saya akan share kan beberapa resepi ESP Shaklee yang dikongsi oleh team mate saya dalam posting-posting akan datang, insyaAllah.




🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#ESPShakleereadystock

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima kasih atas komen anda. Kami sangat menghargainya.