Jumaat, 20 November 2020

Kita mampu mengubahnya.

Lumrah manusia bila terjadi sesuatu...pasti akan cuba menuding jari pada yang boleh. Untuk salahkan diri sendiri...jauh sekali. 

Kita sendiri dibesarkan mengikut cara mak ayah kita bentuk kita. Ya, pasti ada yang mungkin kurang sempurna. Tapi sebagai anak kita perlu maafkan mereka. Supaya hati kita lapang untuk urusan dunia yang akan datang.

Sikap menyalahkan ibu bapa adalah paling mudah untuk kita lepaskan marah. Tapi ia tak dapat mengubah apa2 untuk perkara yang dah berlaku. Apa yang dah berlaku tetap dah berlaku. Namun kita la yang kena ubah untuk perkara yang belum berlaku.

Jika dulu, mak ayah kita mungkin kurang ilmu tentang kekeluargaan malah belaian dan peluk cium bukan menjadi budaya kita hingga dewasa. Tapi bila kita dah ada keluarga, kita boleh bentuk keluarga yang kita mahukan....tak perlu copy paste bulat-bulat dari budaya yang dibentuk oleh mak ayah kita. Bila dah bekerluarga kita kena tahu budaya apa yang kita nak serapkan pada minda anak2. Beberapa rules kami buat dari awal berkahwin dan anak2 juga perlu mematuhinya. Antaranya ialah bila dah buat silap, minta maaf. Selalu ucapkan terima kasih apabila mendapat hadiah atau selepas ibu abah belanja makan. Sebelum tidur mesti ada SOP yang perlu dibuat...salam ibu dan abah, ucapkan I love you dan minta maaf untuk salah silap jika ada pada hari tersebut.

Sama macam masakan...mak saya dulu masak pasti letak cik Aji****** dalam masakannya...tapi bila saya dah berkerluarga saya cuba ubah dan bentuk cara saya sendiri. So semua masakan saya, saya tak guna pakai cik Aji tapi hanya sedikit garam dan gula sebagai penyeri rasa.

Zaman dulu kesedaran tentang penyusuan mungkin kurang, rata-rata hanya menyusukan anak hingga 6 bulan sahaja....tapi atas kesedaran dan perubahan zaman, kini ramai ibu yang menyusukan anak mereka hingga 2 tahun, baik ibu yang tidak bekerjaya mahupun yang mempunyai karier. Kita yang menentukan corak budaya keluarga. 

Namun hari ini, kita sedar betapa pentingnya penyusuan susubu dalam perkembangan otak malah karektor baby.

Dengan adanya banyak set penyusuan hari ini, ibu2 boleh memilih apa yang dirasakan terbaik untuk diri dan bayi mereka. Jom lihat : Set Penyusuan Shaklee yang mana sesuai dengan anda?






Paling utama, mana yang baik diteruskan. Mana yang kurang baik, maafkan dan ubah kepada kebaikan.
Kata pepatah....Melentur buluh biar dari rebungnya.




🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu \#ShakleeMalaysia

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima kasih atas komen anda. Kami sangat menghargainya.