Sabtu, 21 Disember 2019

Jenis-jenis keahlian atau loyalti card?

Saya ada satu jenis wallet card... semua jenis kad keahlian saya simpan dalam tu. Dengan itu ia tak mengganggu wallet yang berisi duit. Tak menjadikan wallet duit kembung disebabkan kad keahlian yang pelbagai.

Sampaikan kedai runcit pun ada kad keahlian!

Kad keahlian kedai runcit di Kuala Terengganu 👍🏻

Apa sebenarnya tujuan kad keahlian ini di cipta?

Pada saya secara personal kad keahlian dicipta untuk menunjukkan loyalti ( setia)  kita kepada tempat tersebut. Supaya kita terus membeli ditempat tersebut tanpa ragu-ragu.

Kebiasaannya kad keahlian diberi dengan tawaran point untuk dikumpul dan kemudian bila layak boleh redeem hadiah yang ditawarkan.

Jika kita kerap menggunakannya, peluang untuk dapatkan point yang tinggi memang besar dan peluang redeem hadiah yang lebih tinggi nilainya juga tersedia depan mata.

Ada banyak tempat membeli belah yang menyediakan kad keahlian atau kad loyalti antaranya :

Mydin 
Parkson
Isetan
Petronas Mesra Kad
Bonus Link
Kedai² buku seperti Popular, MPH
Tak kurang juga kad keahlian produk untuk dapatkan harga ahli dan tawaran menarik yang lain.

dan tadi saya baru sedar...

Setiap kita mempunya kad keahlian/ loyalti kerana keperluan tersendiri.

Saya menggambarkan kad keahlian /loyalti saya seperti ini 👇🏻



Garisan yang putus² itu saya gambarkan kad keahlian/ loyalti yang saya jarang pakai tetapi bila perlu saya guna. Biasanya barangan seperti barangan letrik. Contoh saya sendiri, kad keahlian/loyalti SenHeng. Ada rebat dan harga diskaun bila membeli. Jarang beli tapi akan beli jika nak berikan hadiah terutama pada jemputan majlis perkahwinan.

Garisan yang sedikit panjang tetapi putus² itu saya gambarkan kad keahlian/loyalti saya pada Parkson. Bila saya jumpa Parkson dan perlu beli, saya akan beli banyak mengikut keperluan... biasanya pakaian anak² dan pakaian bila nak travel.

Garisan panjang yang ketiga, saya gambarkan kad loyalti seperti Mesra Kad atau Bonus Link bila isi minyak di Shell 😆. Berterusan tetapi bukan yang utama kerana jarang sekali pun kami redeem hadiah.


Garisan panjang yang keempat, saya mengandaikan kad loyalti kapal terbang iaitu Enrich atau One World. Berbaloi juga sebab bila kerap menggunakannya, selain kumpul point seperti biasa, dapat juga guna point untuk dapat tiket percuma!!! Bukan itu sahaja, bila point mencukupi kita dapat menggunakan lounge di airport domestik secara percuma juga!

Garisan panjang kelima lebih tebal dari garisan yang keempat adalah kad keahlian/ loyalti yang kerap digunakan dan memberi manfaat selalu ... saya rasa untuk masa ni saya gunakan kad Mydin. Sebab ada point, harga istimewa, boleh tebus voucher shopping bila dah layak. Memandangkan Mydin antara pusat beli barangan secara harga borong, ia sangat berbaloi digunakan 👍🏻

Garisan panjang yang terakhir, garisan berterusan dan tebal; saya melihatnya sebagai kad keahlian Shaklee yang saya ada kini. Sejak 1999 hingga hari ini, saya masih setia dengan produk ini. Alhamdulillah taraf kesihatan juga bertambah baik. Ia juga memberikan point untuk dikumpulkan. Bila layak, boleh dapat bonus TUNAI. Bukan itu sahaja, ada banyak jenis bonus Tunai yang boleh didapati bila kita tahu lebih mendalam. Dan yang membuatkan saya terus menggunakan kad keahlian ini kerana saya dapat menikmati percutian diluar negara secara Percuma! Malah bukan itu sahaja, kad keahlian ini memberikan saya peluang merasai Umrah bertaraf 5 bintang!
Oleh kerana garisan yang keenam itu lebih tebal dari yang lain; pastinya kita tahu penggunaannys bukan taraf biasa² malah hadiah untuk kita redeem juga bukan biasa² . Ada yang menawarkan kad keahlian /loyalti dengan hadiah barangan yang bermacam... malah adakala hadiah percutian atau umrah tetapi ia biasanya bergantung pada cabutan bertuah.
Namun kad keahlian yang saya gunakan untuk Shaklee adalah berbeza. Berbaloi untuk selalu guna dan hadiahnya berbaloi untuk kita redeem 👍🏻. Untuk tahu lebih lanjut boleh la
email :  nnorita78@yahoo.com 🥰

Anda pula bagaimana?
Bagaimana carta kad keahlian /loyalti kalian?






Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima kasih atas komen anda. Kami sangat menghargainya.