Khamis, 21 November 2019

Cakna tanda-tanda Penyakit Jantung.

Penyakit adalah perkara yang mahu dielakkan oleh semua manusia ...

Walaupun begitu hakikatnya penyakit tidak datang secara tiba-tiba. Kita sangka ia datang mengejut tapi sebenarnya ada beberapa tanda awal atau simptom yang badan berikan untuk maklumkan pada kita bahawa kita sebenarnya sedang menjurus kepada keadaan yang lebih kritikal.

Penyakit sebenarnya makan masa juga untuk terjadi...disebabkan tekanan, pemakanan, cara hidup yang tidak seimbang dan beberapa faktor luar lain yang turut mempengaruhi tanda kita sedar.

Tetapi adakala kerana kurang ilmu, kita merasakan tanda-tanda ini kerana keletihan dan akibat terlalu banyak kerja...dan berharap ia akan hilang sendiri bila cukup rehat.

Jika anda mengalami tanda - tanda seperti

🚫 kerap kencing malam,
🚫 kebas kaki tangan,
🚫 berdebar-debar,
🚫 berasa sejuk walaupun suhu persekitaran berasa panas,
🚫 kerap haus atau dahaga,
🚫 penglihatan kabur,
🚫 sesak nafas,
🚫 berpeluh dingin,
🚫 pening kepala dan berasa loya,
🚫 sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan atau
🚫 sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher


Sila jangan anggap remeh....ia mungkin satu signal atau tanda nak maklumkan dalaman kita sedang ke arah tidak sihat. Cakna pengetahuan tentang simpton yang kerap dirasakan supaya kita mudah mengenalpasti apa yang boleh mencegah dari terus menjadi parah.

Sayangi diri dan keluarga. Paling utama, jaga pemakanan pastikan pengambilan makanan kurang garam, kurang pewarna, perasa tambahan dan tidak terlalu berminyak, banyak amalkan pengambilan serat seperti sayuran dan buah-buahan dan pastikan jalani kehidupan yang sihat dan seimbang.


Pengedar Shaklee Kuala Terengganu


Nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia ;

Kejadian kematian mengejut kerap dikaitkan dengan masalah penyakit jantung di mana jantung berhenti mengepam darah, nutrient dan oksigen keseluruh badan.  


Penyakit jantung menjadi pembunuh nombor satu rakyat Malaysia sejak dahulu lagi terutamanya dalam kalangan golongan perokok dan individu yang hidup secara sedentari. 


Pada 2018, berlaku peningkatan kematian akibat penyakit jantung sebanyak 35.3% dengan jumlah 18,675 kes berbanding tahun 2017 dengan 13, 503 kes. 

Golongan yang berisiko perlu peka pada perubahan badan dan tanda-tanda serangan jantung. Dapatkan bantuan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan.



🌻 Salam sayang dari 
 N2 @ Ibu Addinnasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Kami sangat menghargainya.