Ahad, 24 November 2019

" 10 B " bantu tangani tekanan.

Saya lihat sendiri arwah abah saya mengalami strok disebabkan berpunca dari tekanan darah tinggi... zaman dulu kita kurang ilmu dan pendedahan tentang pemakanan, cara hidup sihat dan kepentingan pengambilan air untuk keseimbangan di dalam badan.

Cara hidup hari ini membuatkan ramai kita terdedah dengan 'tekanan' atau nama lain ialah stress tanpa kita sedar. Tekanan yang berlangsung secara berlarutan boleh menyebabkan sistem imunisasi tubuh semakin lemah dan akhirnya badan kita terdedah kepada pelbagai penyakit senyap terutama kanser.

Orang ingat tekanan ini hanya kepada mereka yang banyak kerja sahaja, hakikatnya tekanan bermula dari keletihan yang berlarutan, otak yang ligat berfikir dengan tugasan dan tanggungjawab pejabat yang berterusan....malah tekanan boleh terjadi pada semua orang dalam bentuk yang berbeza.


Bermula dengan emosi ia menarik kepada fizikal seseorang yang mengalami tekanan....

Tekanan boleh terjadi disebabkan beberapa sebab antaranya, pengharapan terlalu tinggi dan tidak mahu kecewa, konflik dalam hubungan , kewangan dan tragedi, beban kerja yang banyak dan tubuh yang tak cukup rehat.



Bagaimana nak kawal dan bantu diri tangani tekanan? Antara yang boleh dilakukan ialah

Hadirkan rasa bersyukur. Hari ini kurangnya rasa bersyukur kerana kita sibuk memikirkan perkara yang belum dapat. Perkara ini membuatkan kita lupa betapa banyaknya nikmat lain yang Allah beri. Maka setiap hari kita perlu sediakan ruang pada diri untuk merenung semua nikmat dan hadiah yang kita terima dari Allah supaya ia membantu kita bertenang.

Bernafas dengan teratur salah satu cara untuk kita bertenang. Biasanya kerja dalam kelam kabut atau nak cepat membuatkan kita akan menarik nafas dengan laju dan ia membuatkan kita sendiri penat. Akhirnya mendapatkan tekanan. Maka biasakan menarik nafas dalam dalam supaya kita mampu bertenang.

Berbicara dengan sendiri adakala dianggap seperti gangguan emosi tetapi hakikatnya ia membantu seseorang itu meluahkan rasa yang terbuku di dalam hati dan minda mereka. Ini sebenarnya meredakan tekanan yang berada di dalam diri.

Beribadat atau menjadikan zikir satu riadah juga sangat bagus untuk mendatangkan ketenangan pada jiwa dan fikiran. Ternyata ramai orang yang merasa tertekan akan mencari masa untuk menjalankan meditasi diri sendiri.

Berkongsi perasaan dengan adik beradik atau teman yang boleh dipercayai. Sekurang-kurangnya mempunyai teman yang menjadi pendengar setia. Ini membantu kita menangani tekanan secara tidak langsung.

Berehat dan berurut sebenarnya salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan emosi, mental dan fizikal. Ada pelbagai jenis SPA turut ditawarkan pada zaman ini...malah ada yang menyediakan khidmat datang ke rumah untuk memberikan service spa setara dengan caj yang dikenakan.

Spa salah satu jenis rawatan menangani stress.


Mendengar muzik salah satu cara yang dikatakan membantu meningkatkan hormon serotonin iaitu hormon gembira. Antara bunyi yang boleh meningkatkan tenaga dalaman kita ialah bunyi burung, bunyi air mengalir, bunyi alatan muzik seperti piano, biola dan seruling.

Beriadah dan Bersenam pastinya adalah aktiviti bagus untuk mengeluarkan peluh. Ini sebenarnya membantu kita rasa relax dan mengeluarkan toksin melalui peluh.

Berfikiran positif hanya boleh dibentuk melalui apa yang kita baca, kita dengar dan kita lihat. Ia juga boleh dipengaruhi oleh persekitaran dengan siapa kita bergaul seharian. Pentingnya apa jenis bahan bacaan, video yang kita lihat, bahan halwa telinga serta pergaulan kita dalam menentukan fikiran yang positif.


Selain ini, saya juga syorkan pengambilan supplement seperti B complex yang membantu kita mengawal tekanan dan emosi secara langsung memberikan mood happy dan rasa diri bertenaga.

Jemput baca posting saya sebelum ini : Wanita tidak boleh lari dari "B"




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
 Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Kami sangat menghargainya.