Isnin, 9 September 2019

Taraf pendidikan bukan penentu kejayaan.

Alhamdulillah hari ini saya berpeluang mendengar cerita Shairne Omar yang dikenali juga sebagai MamaReen.


Beliau mengenali Shaklee pada umur 24 tahun dan kini dah 5 tahun bersama Shaklee.

Sedikit tentang latar belakang Mamareen,beliau mempunyai SPM dan suami beliau dengan perniagaan kecil membawa lori bahan binaan dan menebang pokok.

Pada awal pengenalan dengan Shaklee , beliau mendapat anak kembar tetapi mempunyai masalah low blood preasure.

Selepas yakin dengan produk Shaklee beliau mula berkongsi kebaikan produk dengan orang sekeliling.

Beliau telah buktikan bahawa bila ada matlamat dan ingin maju dalam hidup membawa perubahan yang besar dalam hidupnya.

Beliau sangat suka membaca buku2 kesihatan dan berkaitan dengan kesihatan. Ilmu sangat penting untuk beliau.

Bermula dengan pendapatan hampir RM2000 sebulan , beliau meneruskan langkah berusaha lebih untuk dapatkan bonus kereta dengan Shaklee. Ditambah bila ada anak kembar perlukan kereta yang lebih selesa.
Beliau cabar diri untuk dapat car bonus dari shaklee.

Ujian memang sentiasa ada. Namun yang membuatkan beliau kuat dalam Shaklee kerana beliau sangat sangat yakin dengan keberkesanan produk dan paling penting ianya selamat.

Belum genap setahun bersama shaklee. Mamareen dapat membeli sebuah kereta rezeki dalam business shaklee.
Mamareen dah dapat menikmati insentif trip Shaklee dan yang terbaru beliau ke US bersama delegasi leader Shaklee yang lain baru baru ini.



Nampak tak? Bila ada matlamat, sebenarnya semuanya tidak mustahil untuk dicapai?

Hati inilah tunggak untuk berjaya. Kalau hati kita kuat….percayalah apa jua halangan bukanlah satu masalah pun.

Allah sentiasa ada.



🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Kami sangat menghargainya.