Rabu, 11 September 2019

Berniaga perlu ayat pelaris?

Masa awal-awal saya buat bisnes Shaklee...iaitu zaman student, saya minta ayat pelaris dengan arwah mak. Saya tahu ada ayat mak amal bila berniaga.Memula mak taknak beri sebab mak risau saya galak berniaga sampai tak minat belajar.

Tapi selepas beberapa lama , mak berlembut hati .....

Jadi mak saya beri ayat ini.



Mak kata amalkan dalam tahajud 100x...masa tu zaman student memang tahajud itu biasa sebab kita nak masa depan yang baik dan keputusan periksa yang baik.

Saya jadikan amalan. Alhamdulillah memang nampak la mudah menjual sepanjang zaman belajar. Alhamdulillah menjadi amalan hingga kini. Rupanya baru tahu, ia ayat hapus hutang.

Namun selepas umur dah masuk 4 siries ni, saya sedar sesuatu....

Sebenarnya ayat itu bukanlah untuk digantung atau disimpan gambarnya dalam hp seperti ada sesetangah orang. Tetapi perlu dijadikan amalan.

Dan saya sedar, sebenarnya apa jua ayat yang kita amal untuk berniaga...ia bukanlah semata-mata menjadi magnet agar customer membeli tetapi ayat itu sedang mengubah diri kita menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya.

Kerana pelaris yang sebenar adalah diri kita. Jika benar ayat Allah ini menjadi amalan, ia membantu kita menjadi orang yang lebih baik dari sebelum ini. Pastinya kita lebih berbahasa, sabar, bila dapat rezeki bersyukur, bila tiada rezeki kita tetap yakin Allah atur yang terbaik. Penolakan pelanggan memberi kita keyakinan, Allah sedang jauhkan kita dari sesuatu yang tidak baik dimasa depan. Sentiasa bersangka baik pada aturan Allah.


Paling penting ia membantu keyakinan kita rezeki ni datang dari Allah bukan dari manusia. Mudah-mudahan dengan perubahan baik ini melapangkan rezeki dan membantu menyelesaikan semua hutang piutang. Paling utama ia membantu kita menjadi orang yang berhemah bukan sahaja untuk berniaga tetapi hubungan kita dengan ahli keluarga juga lebih baik. Sebagaimana kita baik melayan pelanggan, insyaallah baik la kita dalam melayan anak dan pasangan. Wallahu alam.



 🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Kami sangat menghargainya.