Isnin, 21 Januari 2019

Intermittent Fasting dan senam untuk turunkan berat badan dengan mudah.

Related image
IF diet.

Memandangkan suami saya perlu buat Basic Health Screening di BP Lab, maka saya pun amik kesempatan untuk buat ujian darah untuk lihat kedudukan Hemoglobin dan Bacaan Kolestrol saya yang terkini.

Staff di BP Lab pun tegur suami, encik...baru dua bulan lepas encik buat Basic Health Screening...suami saya senyum aje dan bagi tahu dia nak tahu result terkini dengan mengamalkan diet IF [ intermitten fasting].


Ya suami saya memang sangat disiplin dengan diet IF dan bukan itu sahaja, setiap pagi beliau akan buat latihan senaman dalam masa 30-40 minit. Makan pun beliau tak amik berminyak, minuman hanya air suam, infuse water [ guna lemon] atau minuman Shaklee.

Ya bila umur 40 tahun ke atas...kita perlu lebih alert dengan kesihatan.

Suami saya memang amalkan Cinch Shake untuk ganti makanan berat seperti lunch dan dinner selain minuman ESP, Meal Shake dan Vivix. Beliau tetap amik vitamin-vitamin penting yang lain kerana walau hanya makan Cinch ...beliau takde masalah pun nak makan vitamin lain.

Bagusnya kerana dia sangat berdisiplin, saya jadi insof....kalau makan diluar saya takkan order air manis [ bergula]....biasa order mineral water atau infuse water....air suam dengan hirisan lemon. Alhamdulillah bila dah biasa memang mudah. Kalau dulu, air jus la, air sirap la, teh o ais ke....janji ada manis. Alhamdulillah sekarang dah tak lagi.

Makan pun dah kurang....sebab perasan bila umur dah 40 ni, kalau tak jaga nanti mulalah kita terasa sakit sana sini...sakit pinggang, sakit lutut .....terutama bila kita tak kawal berat badan.

Dan saya bangga dengan disiplin yang suami amalkan...melalui diet IF beliau...dapat turunkan berat dalam 5-6 kg dalam masa 2-4 minggu.


Lepas ni bersemangat la nak cycling pagi-pagi sebelum solat Dhuha...sebab buat masa ni saya belum istiqamah lagi berbasikal.... baru istiqamah dalam jaga makan dan minum....

Saya nak turunkan 4 kg sebelum usia 42 tahun ni....bersemangat !!! Tak mustahil kalau jaga makan, bersenam, amalkan hidup sihat dan tambah supplement jika perlu.


Nanti next entry saya share gadget yang kami nak beli untuk cakna kesihatan secara menyeluruh. Stay tune!





Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Kami sangat menghargainya.