Sabtu, 1 Disember 2018

Bukan sekadar balm biasa.

Kalau orang cerita tentang minyak yang dipakai pada bayi...saya memang hanya guna Minyak burung Unta. Dari Addin dan Nasa masa kecik sampai sekarang saya masih beli dan gunakan untuk seisi keluarga.

Ada dalam artikel saya pada tahun 2010 lagi.... [ boleh baca sini ] dan saya memang sangat berpuashati dengan produk ini.

Namun kini ada satu lagi produk yang saya jadikan wajib dalam rumah malah saya juga beli yang kecil untuk dibawa travel dalam handbag.

Ceritanya bermula masa Ramadhan tahun ini [2018] semasa kami menunaikan umrah akhir ramadhan. Salah seorang jemaah yang turut serta dengan rombongan umrah kami ialah Ustaz Zubir iaitu ustaz yang mengajar Nasa mengaji dan ilmu tajwid.

Semasa umrah bulan Ramadhan inilah ustaz Zubir menghadiahkan kami Balm Bidara. Sebelum ni saya tahu tentang produk daun bidara ni melalui program Ruqyah yang ayah mertua saya attend. Saya tahu banyak juga produk daun bidara dipasaran cuma adakala bila dah banyak sangat saya tak amik kisah sangatlah kerana saya mengandaikan semuanya sama sahaja.


Masih saya ingat malam tu adalah malam beberapa hari akhir Ramadhan...sebelum tidur, saya tergerak la nak sapu Balm Bidara yang ustaz hadiahkan dan saya baca doa-doa yang saya baca sebelum tidur antaranya ayat-ayat dalam surah Al Baqarah.

Kemudian saya terus lena kerana nak bangun awal untuk bersahur...malam tu saya bermimpi yang menakutkan...saya nampak ada binatang yang mengancam saya...terus saya nak pukul dengan tangan....kerana nak menghayun dengan kuat..terus saya tersentak dan terbangun dari tidur. Bila saya sedar, habis semua barangan disebelah meja katil saya jatuh kerana hayunan tangan saya yang kuat kerana dek mimpi tadi. Terus saya istighfar panjang....

Kemudian saya sambung tidur semula...tak lama selepas itu saya bermimpi saya muntahkan makanan...bersungguh-sungguh saya muntah dalam mimpi tu sampailah saya tersedar kali kedua dan tahu tak , apa yang saya nampak bila saya dah bangun? Selimut hotel saya basah dengan air liur yang saya muntahkan dalam mimpi tadi. Basahnya macam air sebaldi tumpah atas comforter saya. Astaghfirullahal azim.....mengucap panjang saya.


Esok paginya saya berbual dengan isteri ustaz Zubir mengenai Balm Bidara yang mereka hadiahkan. Saya bertanya...Balm apa  yang mereka beri? Isteri ustaz beria nak tahu mengapa saya bertanya....jadi saya ceritakan pengalaman dan kisah benar yang saya lalui semalam.

Kemudian isteri ustaz Zubir terus maklumkan pada saya...mungkin saya ada termakan benda asing dan alhamdulillah ia dah keluar....dan kemudian barulah isteri ustaz Zubir maklumkan ianya bukan Balm Bidara yang biasa tetapi telah di ruqyah.

Alhamdulillah serasi pulak Balm Bidara tu untuk kami sekeluarga. Terus saya order untuk semua adik-adik saya, adik ipar ,mak mertua dan kawan rapat saya terutama yang ada baby ....malah kepada bidan saya di Miri juga sempat membawa sepanjang menunaikan haji baru ni. Alhamdulillah.


Walaupun dulu saya memang skeptikel sikit dengan produk local yang kononnya dipromot dengan ayat ruqyah tapi selepas dah melaluinya...saya bersyukur saya mengenali Balm Bidara ini. Terima kasih Allah kerana menghadiahkan Balm ini untuk kami  sekeluarga melalui ustaz Zubir.


Image result for balm bidara life


Ops saya tak jual ya, tapi jika ada yang berminat boleh terus order di website Balm Bidara ini sendiri di sini.

Terutama ibu-ibu yang ada anak kecil, anak yang sering meragam...atau diri sendiri selalu sakit sendi atau pening kepala...boleh aje gunakan Balm ini.


Selamat mencuba.





♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
0128535689