Jumaat, 13 Julai 2018

Ujian itu untuk apa?

Allah bagi ujian bukan untuk kita jadi lemah tapi .....

Saat kita ada impian, nak majukan bisnes untuk kehidupan datang banyak cabaran... 

Anak meragam...

Masalah dengan suami...

Rakan sekerja cemburu...

Bos opis tegur...

Ujian dengan bisnes sedia ada...

Kenapa ?

Adakah ia tanda aku ni bukan ditakdirkan untuk berjaya?

Adakah ujian bertalu ni kerana bisnes ni tak sesuai?

Ya ini perkara yang timbul bila dilanda ujian.

Maka dengan pemikiran begitu ramai yang putus asa.... 

Tapi pernah tak terfikir ujian itu datang sebab

⛔️ kita obses sangat dengan bisnes sampai kita lupakan masa untuk Allah.

⛔️kita obses dengan apa yang kita minat sampai anak suami dan kerjaya terabai.

⛔️kita nampak business tools lebih hebat dari Allah. Kita agung2kan copy writing, fb ads, fb, ig sedangkan rezeki datang dari Allah.

⛔️ kita nampak usaha kita hebat sedangkan manusia tiada daya kecuali Allah.

⛔️ kita HANYA nampak Allah bila dapat ujian dan ujian itu kita anggap bala.

Kita yang MEMILIH untuk menjadikan ujian itu satu yang positif ataupun negatif dalam kehidupan kita.

Jadi ... hakikatnya tiada jalan mudah untuk dapatkan syurga kecuali bersusah payah.