Rabu, 11 Julai 2018

Tips untuk murah rezeki paling mudah.

Nak senang dunia? 

Senangkan hati mak. Jangan susahkan mak. Jangan susahkan hati mak.

Jangan buat hutang kemudian minta mak bayar. Ada orang buat kad kredit tapi hutang kad mak bayar.

Nanti hidup susah rezeki pun tersekat.


Sepatutnya sebagai anak......Kita yang kena usaha langsaikan hutang mak. Kita kena senangkan mak.


Rebutlah jadi anak yang menyenangkan hati mak.

Kalau ada 10 adik beradik, jadilah no 1 dalam hati mak.


Jika beli bag baru, belikan untuk mak sekali.

Jika beli baju baru, belikanlah untuk mak juga.

Janganlah benda dah tak nak baru nak bagi mak. Mak atau rumah mak bukan tempat pelupusan sampah!


Bila dapat bonus banyak? Berikan mak rasa banyaknya bonus itu ( maklumkan suami untuk lebih berkat). 


Tapi....untuk yang mak dah takde di dunia.....?


Kalau mak dah takde? Mengaji .. pahala hadiah kat mak. Banyakkan mengaji. Mengaji untuk berikan mak pahalanya.

Bila dapat duit bonus? Buat sedekah niat untuk mak. Buatkan kenduri untuk mak.

Banyak lagi duit, buatkan badal haji dan umrah untuk mak.


Mother is next to God. Sesungguhnya.....Nak berjaya buat baik kat mak. Doa mak makbul!

Redha Allah terletak pada redha mak! Ingat tu!

Sapa yang susahkan hati mak, 
merengek cerita hidup susah kat mak 
buat mak susah hati.. hidup tak ke mana pun. 


Rugi lagi ada.

So amiklah peluang berbakti kat mak tak kira mak di dunia atau di barzah.



Al fatihah untuk mak ....