Khamis, 26 Julai 2018

Nenek bidan nak tunai haji.



Selalu kan saya cerita tentang nenek bidan saya....saya anggap macam mak dah...walaupun sebenarnya pangkat nenek....Makcik Masnah dah berumur 76 tahun dah....alhamdulillah masih gagah dan kuat lagi.
Pengedar Shaklee Terengganu
Bidan Makcik Masnah di Tudan Miri



Minggu lepas bila dapat tahu flight makcik dari Miri terus ke Kuching langsung ke Jeddah...maka kami terpaksa tukar plan....patutnya nak jumpa makcik kat KLIA sebelum beliau bertolak menunaikan haji. Tapi bila dah tahu dari Tabung Haji jadual perjalanan makcik tak singgah KL...maka kami ambil tiket ke Miri untuk jumpa makcik bidan.

Nasib juga Marriot Hotel ada offer...bayar 2 malam, malam ke 3 adalah percuma. Berbaloi la sebab semalam hanya RM280 kalau tak silap. Mana nak tahu harga hotel ni? Biasa boleh guna trivago atau website hotel sendiri. Saya akan compare dulu then baru pilih mana yang berbaloi bayar.

Alhamdulillah berpeluang bawa makcik membeli keperluan akhir barang yang nak dibawa untuk haji dan kami juga dapat ambil peluang beramah mesra dengan beberapa teman lama sepanjang di Miri.

Pengedar Shaklee Terengganu
Antara pengedar Shaklee Miri yang aktif

Moga makcik Masnah dipermudahkan urusan hajinya dan beroleh umrah yang mabrur. Moga dipanjangkan umur balik haji nanti nak bawa makcik jalan Terengganu pulak.



Bidan hebat Miri Sarawak
Sedang ber spa... di Marriot Miri.

Gonna miss you makcik.... Semoga sentiasa dalam jagaan Allah.