Selasa, 22 Mei 2018

Kunci rezeki melimpah ruah.

Mengenali seorang hamba Allah yang very humble...siapa sangka punya bisnes yang hebat. Beliau berkongsi amalan yang beliau amalkan hasil dari kursus yang beliau attend sebelum ini.


Hasil carian imej untuk kunci rezeki
Pentingnya kunci untuk membuka pintu.....

Rupanya mudah aje nak jemput rezeki ini....kata Puan Z kepada saya.

Tanpa menunggu lama saya terus bertanya apakah amalan tersebut?

Saya membayangkan doa yang pendek atau pun zikir asmaul husna.

Puan Z terus berkongsi amalkan 2 ini supaya rezeki kita bertambah dan berkat....iaitu

Banyakkan menyebut Alhamdulillah dan jadikan Istighfar sebagai zikir yang membasahi bibir sepanjang hari.


Ramai kita hari ini asyik meminta dan terus meminta tanpa sedar kita kurang bersyukur dengan apa yang kita perolehi setiap hari. Kita banyak meminta apa yang kita mahu tetapi bukan yang kita perlu. Perasan tak?

Kita hanya fikir duit adalah segalanya sedangkan kecukupan itu lebih utama kerana bila ada lebihan kita mampu berkongsi dengan ini ia tanda kita bersyukur.


Kunci rezeki yang kedua adalah istighfar.

Hidup makhluk yang bernama manusia ini tidak terlepas dari dosa yang kecil mahupun besar. Banyaknya dosa yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar itulah yang menyebabkan rezeki kita berat dan hati menjadi gelap. Penawarnya adalah istighfar. Memohon keampunan kepada Allah dan setiap istighfar itu memadamkan noda hitam di dalam hati manusia yang disebabkan oleh dosa yang lalu.



Allah ada berfirman tentang kelebihan istighfar dan taubat dalam surah Nuh ayat ke 10 hingga 12.

"Sehingga aku berkata (kepada mereka) ; Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun." [ayat 10 ]

"Sekiranya kamu berbuat demikian, Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu." [ ayat 11]

" Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak, dan ia akan mengadakan bagi kamu kebuh-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai yang mengalir di dalamnya." [ ayat 12]

Betapa hebatnya kesan istighfar yang masih ramai belum sedar namun jika kita usahakan setiap hari walau hanya 33x selepas solat, insyaAllah kita akan nampak sinar baru dalam kehidupan dan membuka kunci rezeki yang melimpah ruah.


Semoga dengan sedikit perkongsian puan Z ini membantu kita mendapat sinar baru dalam kehidupan secara langsung membuka jalan keberkatan dalam hidup kita. Wallahu alam.





♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa