Selasa, 28 Julai 2009

Sentuhan; rawatan terbaik buat anak...

Baru- baru ini memandangkan cuaca yang tak menentu di tambah dengan jerebu membuatkan dua-dua anak bujang ibu demam. Doktor kata memang musim dengan cuaca yang begitu rupa. Ibu hanya mampu pastikan anak ibu Addin banyak minum air dan Nasa banyak minum susu badan di tambah dengan protin.
Namun memandangkan ibu tak mahu kamu berdua melarat, ibu lebih suka amalkan petua makcik Maznah , bidan ibu semasa di Miri. Maklumlah bila melarat doktor akan suggest amik antibiotik dan inilah yang paling ibu tak suka sangat! So apa yang ibu buat, ibu pastikan Addin dan Nasa banyak mandi,selepas itu ibu urut seluruh badan kalian dengan minyak kelapa muda, bekalan dari Miri hari tu. Alhamdulillah, esoknya demam kalian kebah dan ianya memang satu miracle buat ibu.
Ibu juga share the same thing dengan Aunt Dilia yang sanggup datang ke rumah membawa baby nya Izhan yang berusia 5 bulan. Ibu mandikan Izhan dan ibu urutkan seluruh badan Izhan dengan minyak. Alhamdulillah, kata Aunt Dilia anaknya dah sihat selepas demam batuk selama seminggu. Namun tergelak ibu dengar apabila nenek Izhan (emak kepada Aunt Dilia) terkejut kerana ibu mengurut Izhan kerana katanya selama beliau menjadi nurse ubat demam adalah penawar mujarab. hehehehe.Pada ibu sentuhan kepada seluruh tubuh anak adalah penawar terbaik untuk sakit biasa seperti demam, batuk dan selsema.
Ibu rasa seronok sangat dapat melakukan pada Izhan... rasanya macam nak jadi bidan pula.hahahaha. Mungkin bila dah retire jadi cikgu ibu nak buka SPA untuk baby yang demam dan sebagainya.

11 ulasan:

  1. virgin coconut oil...memang bagus untuk bayi dan anak2. Penawar jika ada gangguan halus, dan boleh diminum untuk kuruskan badan. Wallah hua alam.

    BalasPadam
  2. nanti post kat sini botol dia.. bukan apa sekarang ni banyak dah virgin cocounut oil tu..

    aku mmg nak cari jugak.. cuma tak tahu yg mana elok

    BalasPadam
  3. ha'a, betul... maksu shira pun bg anak dia yg kerap selesema & batuk minum virgin coconut oil tiap2 pg & mlm... dh btmbh baik dah... cik abg tu pun suke sgt minum VCO tu... hr2 mntk lg kat ummi dia...

    BalasPadam
  4. brand ape kak? nama dia virgin coconut oil ye?

    akak buka la kelas ngaja urut tuh.
    saya pon nak blaja jugak.

    yeah, i do believe pada sentuhan dan dan hati yang iklas. serta doa yang berterusan.

    BalasPadam
  5. o..yeker..saya masa anak baby suka urut badan diaorang lepas mandi dgn minyak baby johnson..sambil tu kiter borak ngan baby n time tu rase wah bahgianya jd seorang ibu..

    BalasPadam
  6. ha'ah betul tu.. masa anak tgh demam ke sakit ke.. sentuhan ibu la yg buat berkurangan sakitnya..

    BalasPadam
  7. tu la sentuhan ibu nie kalu lahir dari hati yg tulus,suci..erm..lagi memberikan sentuhan yg terbaik..so anak2 akan lagi suka dampingi kita kan..so nanti ibu2 balik rumah peluk lah anak2 anda seolah2 cm lepaskan rindu

    BalasPadam
  8. mase mengandung, mak saye akan masak sindri minyak kelapa dara untuk buat selusuh..memang minyak kelapa dara ni bagus untuk urut2 badan..kelapa dara ni kelapa yang tak muda n tak tua, parut dan ambil santannya..pastu masak dalam kuali sampai kuar minyak..

    BalasPadam
  9. mase mengandung, mak saye akan masak sindri minyak kelapa dara untuk buat selusuh..memang minyak kelapa dara ni bagus untuk urut2 badan..kelapa dara ni kelapa yang tak muda n tak tua, parut dan ambil santannya..pastu masak dalam kuali sampai kuar minyak..

    BalasPadam
  10. sentuhan ibu mmg bagus utk ank2 yg demam, terutamanya utk ank2 yg susah nk mkn ubat mcm jemmy..setiap kali demam, kitorg urut n peluk dia sampai ttido, esok pagi insyaAllah mmg demam die kebah.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Kami sangat menghargainya.