Jumaat, 30 Mei 2008

Bibik oh bibik

Kesian membaca cerita Arnieh dengan bibiknya.. ..Sebenarnya saya dibesarkan dengan maid until secondary school. Frankly speaking semua bibik mak saya treat as family member. Jangan berkasar kerana mereka ini merupakan ibu @pengasuh anak bila kita bekerja. KIta tak tahu macam mana dia layan anak kita di belakang kita.
Tentang manner kita kena bagi tahu awal-awal apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka.
Jangan berkasar sangat atau berlembut sangat. Tengok pada tempat. Tentang bil telefon, jangan risau...berikan keperluan dia may be sebulan sekali atau sebulan dua kali dengan minit yang ditetapkan. Jika ada tambahan call yang dia nak buat ,setiap kali dia nak buat panggilan...beritahu awal2 gajinya akan dipotong untuk membayar bil telefon. Percayalah dia akan takut nak minta lebih dari sepatutnya. Ini diberitahu oleh teman suami... Mesin basuh kawan kami selalu rosak kerana si bibik apabila membasuh baju pasti sampai overload. Sekali rosak, kawan minta orang datang repair. Kali kedua pun begitu juga... sedangkan sudah diberitahu sekiranya basuh baju jangan banyak sangat takut overload. Si bibik masih buat tak endah dengan apa yang di cakapkan. Kali ketiga, kawan kami memberi amaran kepada si bibik, sekiranya mesin basuh ini masih rosak sebab overloading maka gaji bibik akan dipotong untuk membayar kos repair mesin basuh ini. Semenjak dari itu, si bibik sangat berhati-hati dengan loading baju setiap kali mencuci.

Part makanan, jika tak keberatan ajak dia sekali makan bersama sebagai ahli keluarga. Maid ni bukan anjing atau kucing yang makan sisa makanan kita. Mereka juga ada hati dan perasaan. Jangan biarkan mereka merungut kerana dikhuatiri anak kita menjadi mangsa perasaan yang disimpannya.

Ramai orang kita yang treat maid mereka seperti pekerja (kuli). Gaji yang kita berikan tidaklah sampai mencecah 4 angka tapi kita mengharapkan mereka membuat kerja 24 hours. Sedangkan kita yang bergaji 4 -5 angka jika di minta buat overtime esp meeting or pergi course, kita pasti merungut.

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza tentang bibik. Namun yang pasti sekiranya mereka melampaui had yang kita tetapkan... hantar sahaja mereka pulang. Supaya keselamatan anak kita lebih terjamin.

3 ulasan:

  1. k N,

    nak share je.

    sorang kawan saya, bila tau sy ada maid, macam2 'tips' dia bagi.

    cthnya:

    - pastikan maid bgn awal2 utk wat keje & tido lambat utk teruskan keje.
    - pastikan weekend2 dia bersihkan umah, lap tingkap, sawang, siling, longkang, bilik, cadar, selimut, etc. tanpa disuruh.
    - pastikan dia buat keje2 tanpa perlu disuruh.
    - etc.

    saya cakap kat dia... asalkan maid tu jaga anak saya elok2 ms saya keja & tolong2 wat keje umah cukuplah... bknnye saya gaji dia utk jadi kuli.

    BalasPadam
  2. mgkn dpt maid ni ikut rezeki org kot.saya layan maid baik2 keje rmh bkn byk beno, bg pakaian baru semuanya baik la tapi dia buat hal jugak.satu hari tu balik sekolah petang tgk dia dh tkde hbs barang dia bw lari.duit, barang kemas semua hilang.dh knci pn pandai dia buat keje.yg pelikye masa nk tgk brg hilang ke tk semua masih berkunci lagi n kunci mmg bw g sekolah.nasib baik anak kat nurseri. sekarang mcm dh serik nk ambk maid lg.

    sedih sgt sbb ms bnda tu berlaku saya tgh mengandung n dok berdua je ngan anak.sampai hati dia buat camni.solat mengaji bkn main lg tp perangai buruk.

    BalasPadam
  3. eh, ader citer saya kat sini lagi... heheh...

    iyerla, bibik nie ikut rezeki masing2... saya xdelah niat nak menjaja bibik saya tue, tp saya notice disbbkan kebaikan kami, dier yg awal2 nyer rajin, mcm makin lamer 'manja' sket... err sket ker, dah tahap melampau gak kot! Alhamdulillah, atas nasihat2 dr kawan2 & saya tapis baik buruk sumer, finally dah wat 1st briefing dgn dier aritue... tak tau la baper % yg dier paham, maklumlah language barrier...

    hopefully dier dpt jaga anak2 saya dgn baik waktu saya xde kat umah pon dah syukur!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Kami sangat menghargainya.