Ahad, 29 Mei 2022

Cerita umrah 2021 part 2....

Sambungan entry sebelum ini...

Umrah kali ni unik sebab memandangkan baru aje selesai PKP seluruh dunia, maka kerajaan Arab Saudi telah menyediakan aplikasi (apps) untuk mereka yang mahu menunaikan umrah, ziarah rasulullah dan kebenaran masuk ke Raudhah.

Aplikasi yang dimaksudkan adalah Eatmarna [ biasa disebut Etamarna] dan Tawakalna.

Untuk mengelakkan penyebaran virus Covid19, apps itu membantu kita masuk ke Raudhah atau ziarah Rasulullah [ untuk jemaah lelaki] lebih teratur. 

Nak masuk Raudhah tidak perlu berebut, cuba ikut sahaja masa yang telah ditetapkan.

Jemaah pada ketika itu juga tidak la ramai kerana masih banyak negara yang belum memberi kebenaran keluar kepada rakayatnya untuk melaksanakan umrah. Antaranya ialah Indonesia. Maka sangat la sedikit untuk kita jumpa rakyat Indonesia yang mahu melaksanakan umrah.

Banyak kedai juga masih tutup kesan akibat PKP seluruh dunia.

Namun kami bersyukur ketika itu belum ada perintah untuk kuarantin bagi jemaah yang baru pulang ke Malaysia. Kami dapat kuarantin di rumah masing-masing. Cuma ada 2 jemaah yang tak terus pulang kerana salah seorang dari pasangan itu disahkan positif covid. Mereka tinggal di Makkah utk lagi 10 hari sebelum boleh dibenarkan pulang ke Malaysia.

Syukurlah kami mempunyai mutawif yang berpengalaman menguruskan jemaah. Alhamdulillah 2 jemaah kami dijaga dengan baik sehingga dapat pulang ke tanah air. 

Satu pengalaman baru bagi kami sepanjang menunaikan umrah semasa selesai pkp. 

Alhamdulillah kini tiada lagi apps untuk masuk ke Raudhah atau ziarah Rasulullah. Cuma balik seperti asal, perlu bersabar mengikut giliran untuk solat di Raudhah. 

Untuk trip umrah ini kami bawa lebih 10 botol Hero Kiddo selain beberapa vitamin lain sebagai usaha jaga kesihatan sepanjang berada di sana. Namun kita hanyalah makhluk Allah yang kerdil. Tiada siapa yang dapat menolak takdirNya. Cuma menjadi pengalaman dalam kehidupan. Wallahu alam.










Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Sabtu, 14 Mei 2022

Cerita umrah 2021....


Ya Allah, gembirnya rasa hati bila dah boleh tunaikan umrah....

Bulan Disember 2021, membuka semula peluang untuk menunaikan umrah yang pastinya menjadi tempat yang sangat dirindui. 

Alhamdulilah dengan izin Allah, rezeki yang ada dapat kami berpeluang pergi seramai 14 orang dari Malaysia menunaikan umrah. Ditambah bersama keluarga mutawif iaitu keluarga ustaz Gani menjadikan kami semua 18 orang.

Kali ni kami semua menggunakan visa ziarah [ tourist visa] yang mana lebih mudah untuk dapatkkannya. Pasti ada kelebihan dan kekurangan setiap jenis visa. 

Visa umrah, skali apply skali masuk dan tak lebih 30 hari berada di sana.

Visa ziarah, valid sepanjang tahun...boleh pergi bila-bila selagi bukan musim haji. Boleh menetap selama 90 hari di sana.

Walaupun visa ziarah boleh apply sendiri di website, saya menggunakan khidmat kawan untuk apply kerana siap dengan insurans. 

Perkara yang pasti bila berada di Madinah, kami akan menziarahi masjid Quba. Dikatakan Rasulullah akan ziarah masjid Quba pada setiap hari sabtu.
Kenangan di depan masjid Quba


Selama 4 malam di Madinah, kami bergerak ke Mekah menaiki keretapi laju. Inilah pengalaman pertama menaiki keretapi laju dari Madinah ke Mekah. 

Jika dulu, dari Madinah ke Mekah kami biasanya menaiki bas bersama jemaah yang lain. Bila bawak keluarga , kami cuba naik kapal terbang pula...tapi walaupun masa terbang lebih kurang sejam lebih , protokol airport menjadikannya proses ia cerewet dan lambat. Jika kami pergi umrah berempat ( empat beranak sahaja) lebih mudah bergerak dengan GMC atau teksi van. Cuma kalau guna bas, masa yang diperlukan untuk sampai dari Madinah ke Mekah lebih kurang 6 jam. Kalau naik GMC atau Taksi Van, masa akan kurang sedikit lebih kurang 4 jam. Namun special naik train, masa lebih kurang 2 jam 15 min sahaja dah sampai ke stesen Makkah dari stesen Madinah.

Tiket train pula perlu beli awal, untuk mendapatkan harga yang murah. 
Website beli tiket train : Haramain High Speed Railway ticket



Umrah 2021
Hari nak menunaikan umrah...







Sebelum masuk train, kita bergambar depan stesen Madinah....





Suasana dalam train juga sangat selesa...






Perjalanan 2 jam 15 min terasa sangat singkat...dan alhamdulillah malam tu kami berjemaah buat umrah bersama.




Nanti saya sambung lagi entry ni....nak teman Nasa beli alat memanah dia. 






Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Selasa, 12 April 2022

BMI tu penting ke?

Biasa orang yang nak turunkan berat badan, dia perlu amik tahu pasal BMI. BMI tu apa sebenarnya? Ia adalah Body Mass Index.

Ia adalah satu cara untuk ukur berat badan kita bersama dengan ketinggian kita.

Senang cerita ia adalah penunjuk atau penanda aras berapa banyak lemak dalam badan kita dan BMI juga ada kaitan dengan lemak dalam badan kita.

Dalam kata lain, lagi tinggi BMI kita maka lagi tinggi la lemak dalam badan kita.

Terdapat empat kumpulan BMI yang boleh memberikan gambaran sebenar mengenai jumlah lemak badan kita.

Empat kumpulan tersebut ialah
kurang berat badan (underweight),
sihat (healthy),
berat badan berlebihan (overweight) dan
obes (obese).

Macam mana nak tahu kita ni kumpulan mana?

Kena tengok jadual standard yang disediakan.

Kurang berat badan: Bawah daripada nilai 18.5
Sihat: Nilai antara 18.5 hingga 24.9
Berat badan berlebihan: Nilai antara 25 hingga 29.9
Obes: Nilai 30 dan ke atas

Kategori BMI ini memberikan gambaran kepada kita tentang risiko kesihatan yang berpotensi berlaku berdasarkan berat badan tersebut.

Dulu saya tak amik port pun sebab saya ingat saya kurus [ perasaan aje] tapi lepas dah biasa buat check up di BP Lab baru saya tahu saya perlu turunkan berat lebih kurang 10 kg kalau nak kekal sihat.

Barulah terbuka minda ni, apa benda BMI tu. Pentingnya BMI.

Memang ada formula nak tahu BMI kita, nak mudah google aje BMI Calculator.




Bila dah berumur 40 an ni, kena cakna kesihatan. Saya dah lihat kesan diabetics , kesan dialisis...atas kesihatan. Kalau boleh usaha nak sihat.

Kata bidan saya makcik Masnah, biasanya bila dah berumur kita akan kurang makan. Tidur pun tak senyenyak masa muda. Kalau badan ringan, senang nak bangun beribadat katanya.

Tahun ni serius Cinch Shake sangat mainkan peranan penting.
Seketul kurma medjool dan segelas Cinch Choc dah memadai. Cuma adakala nak rasa lauk yang dimasak, saya akan amik sejemput nasi. Sekadar jamah.

Sahur yang ringkas buat kita rasa senang nak urus..saya masak satu lauk aje untuk anak-anak. Masa mereka masih panjang, perlu untuk pembesaran.

Jika kalian ada ahli keluarga yang ada masalah diabetics atau kolestrol tinggi, try la sahur dengan Cinch Shake Shaklee. Tak perlu makan nasi pun. Kenyang insyaAllah. Malah walau dah tengahari , takde masalah perut berkeroncong.
Tiada lagi masalah sembelit. ESP juga membantu mendapatkan kulit yang cantik dan bersih. Worth to give a try.





Nak cuba tak Cinch Choc dan ESP? Boleh aje pm saya.

Tak sempat nak masak untuk Sahur? Cinch Shake kan ada!
https://www.shaklee.com.my/content/promo-80UV
https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P630
https://www.shaklee.com.my/content/nutrisi-ramadhan-2022


#PuasaPenuhBererti
#PastinyaShaklee
#BerpuasaDenganShaklee
#Semudah123
#ShakleeRamadhan
#RamadhanSihat


Nak register ahli untuk dapat harga dan tawaran istimewa? 

Klik Link ni



Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Isnin, 4 April 2022

Bersahur dengan Cinch Chocolate

Bermula dengan sahur malam pertama, selepas menyediakan makanan simple sahur anak-anak, saya cuma mengambil 1 scoop Cinch Chocolate dibancuh dengan 300ml air  dan segelas air Performance drink serta buah Tiin untuk santapan sahur saya. Abah Addinnasa juga hanya mengambil Cinch Chocolate dan makan beberapa biji kurma Sukari.

Cinch Chocolate Shaklee
Cinch Chocolate Shaklee



Alhamdulillah mungkin faktor cuaca juga mempengaruhi, semalam tiada rasa lapar atau dahaga sangat walaupun baru bermula puasa. Mungkin juga saya dah terbiasa dengan IF [ walaupun tak sepenuhnya buat] tapi badan saya dah mula get use dengan makanan lambat [ Biasanya tenghari jam 12-1 tengahari].

Mengapa kami memilih Cinch Chocolate? Saya suka rasanya yang sedikit lemak dan tidak semanis minuman cokelat biasa yang banyak dipasaran. 

Apa kelebihan Cinch Chocolate sebenarnya?

Setiap hidangan Cinch mengandungi 24g protein yang mana ia akan memberikan rasa kenyang yang cukup dan 24 jenis vitamin dan garam mineral yang perlu untuk badan.

Ia juga mengandungi Leusine yang bagus untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan.

Cinch Chocolate ini mengandungi glisemik indeks yang rendah iaitu 22 , maka ia sangat sesuai untuk pengidap kencing manis.

Manfaat Cinch Shaklee




Selain itu , 

Diet yang tinggi dengan protein tumbuhan juga dikaitkan dengan banyak manfaat.

Risiko Penyakit Jantung Yang Rendah

Menurut kajian, mereka yang mengamalkan diet yang kaya dengan protein yang berasal dari tumbuh-tumbuhan akan mempunyai tahap kolesterol, tekanan darah, dan risiko penyakit jantung yang lebih rendah.

Mengurangkan risiko Diabetes Jenis 2

Satu kajian kecil menyatakan bahawa apabila anda menggantikan 2 hidangan daging merah kepada kekacang 3 hari setiap minggu, anda akan dapat mengurangkan gula dan kolesterol dalam darah.

Mencegah Kenaikan Berat Badan 

Makan lebih banyak protein tumbuh-tumbuhan juga dikatakan boleh membantu kita merancang diet kita.

Menurut pemerhatian, wanita dan lelaki yang makan lebih kacang untuk tempoh 20 tahun mempunyai peluang yang lebih baik untuk mengawal berat badan.

Di samping itu, apabila kita mengambil makanan yang lebih banyak hidangan kacang merah, kacang kuda, atau kekacang lain setiap hari, kita akan cepat merasa kenyang. Kesannya, kita boleh mengurus dan mengawal berat badan dengan lebih baik.




Oh ya, bulan ini ada promo istimewa, nanti saya update dalam next entry. Stay tune ya!


Norita Idris
Pengedar Shaklee since 1999
0128535689



Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.