Isnin, 14 Mac 2022

Diet bukan hanya untuk kurus

Bila jumpa orang yang diet pasti kita ingat orang tu nak kurus. Hakikatnya diet atau kawal makan bukan hanya untuk pastikan badan slim tapi sebenarnya lebih sihat dan kekal sihat.

Saya pernah dengar orang kata, Jangan sangka orang kurus tu sihat dan orang gemuk tak sihat. Ada kes orang yang kurus tetapi bacaan kolestrolnya sangat tinggi. So semuanya tak boleh bersandarkan dengan pandangan mata semata-mata.

Ya namun kita kena bercakap bersandarkan graf kesihatan iaitu BMI. Asasnya BMI la menentukan kita ni mempunyai berat yang ideal atau tidak. 

Graf BMI

Cara Kira BMI pula adalah = BMI = Berat (kg) / ketinggian (m)² 


Jika terlalu kurus juga bukanlah satu perkara yang bagus. Badan kita perlu mempunyai berat yang ideal.
Berat yang ideal membantu tulang kita mengampu pergerakan kita. Bila terlalu berat atau besar pula akan mengganggu kesihatan tulang pula. 

Sejak balik travel dari Turki, rasa nak makan semua makanan Malaysia...hehehe. Tapi dah habis kuarantin ni kena usaha juga kawal makan.
Matcha Life Shake


Untuk memastikan tidak makan terlalu banyak, minuman Life Shake sangat membantu. Suami saya memang lebih disiplin minum Cinch atau Life Shake sebelum makan kerana minuman ini membantu kita rasa kenyang dan dapat bantu elakkan makan banyak.

Salad

Makan tengahari tadi cuma Salad dan kerana minum Life Shake Matcha sebelum makan. Alhamdulillah kenyang dan bertahan juga sampai next meal jam 6 petang.



Kami dah lihat kesan berat badan yang melebihi BMI , kesan ke atas buah pinggang dan hati...buat kami letakkan sedikit usaha nak jaga masa muda ni.

Penting bila ada berat yang ideal, supaya badan kita kekal aktif dan cergas. Maklumlah dalam Shaklee ada insentif percutian. Bila kata bercuti memang perlu banyak berjalan untuk explore tempat yang company bawa. Malah jika dapat pakej umrah juga, kena juga usaha jaga kesihatan untuk pastikan boleh tawaf dan saie dengan baik.

Shaklee juga sedang menawarkan beberapa promo sepanjang bulan ni untuk persediaan menyambut Ramadhan.


Jika berminat nak cuba bersahur atau berbuka  dengan set Ramadhan, 
boleh wasap saya di SINI - NAK CUBA SET RAMADHAN.



Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Tiada ulasan: