Isnin, 28 Disember 2020

Duit kita akan keluar mengikut apa yang kita utamakan......

Semalam saya ke kedai salah satu kedai tiles yang terkenal di Kuala Terengganu. Bermula dari masuk parking sahaja, saya dah detik....ramainya umat hari ni...ditambah semalam pula cuti Krismas. Seperti biasa selepas scan dan check suhu, saya dan suami pun terus berjalan mencari tiles yang berkenan dihati untuk projek upgrade toilet rumah.

Semalam memang ramai...rata-rata membeli tiles dengan membayar wang tunai. Semasa beratur untuk membayar tiles yang sudah menjadi pilihan hati, saya melihat cashier memegang duit tunai RM50 berkeping-keping.

Terus saya membuka bicara dengan suami sambil beratur....ramai aje orang berduit kan bang...Suami saya senyum dan anggukkan mukanya tanda setuju. Terus lagi saya membuka cerita, hakikatnya ramai kita berduit dan meletakkan keutamaan duit pada apa yang dihajati. Cuma segelintir sahaja yang sanggup bersusah menyimpan duit untuk beli vitamin dan produk yang menuju ke arah kesihatan. 

Ya dari dulu lagi saya selalu mengkaji sifat-sifat manusia yang pelbagai...ramai orang berduit, cuma ke mana duit disalurkan?
Ada orang berhabis untuk bergaya. Ada orang berhabis untuk jihad. Ada orang berhabis untuk kesihatan. Teringat seorang kakak ni, beliau penerima duit kebajikan masyarakat. Namun duit itu beliau simpan sedikit2 untuk membeli vitamin demi kesihatan beliau. Itu lebih utama katanya.

Ada kawan pula, mengalami masalah sakit wanita, tapi duitnya sanggup berhabis membeli prefume kerana minat katanya. Sedangkan kalau ikut rasional, beliau boleh usahakan rawatan alternatif seperti produk kesihatan untuk mengatasi masalah beliau.

Hakikatnya setiap kita akan cenderung kepada apa yang kita utamakan. Namun saya teringat sharing kak Rosimah, salah seorang Shaklee business woman yang berjaya....Beliau berkata, orang yang perform          [ cemerlang] dalam pekerjaan biasanya adalah orang mementingkan kesihatan. Mereka mahu sihat supaya boleh bekerja dengan lebih produktif dan efisien. Golongan ini tidak suka sakit malah jarang sekali mengambil cuti sakit atau cuti tahunan. Mereka memang mengutamakan kesihatan. Malah golongan ini memang sanggup berhabis duit membeli supplement demi kesihatan. 

Teringat kata-kata seorang yang berilmu kepada saya, bila sihat kita boleh kerja dengan baik. Bila seorang isteri sihat, beliau boleh menguruskan rumahtangga dengan baik. Begitu juga dengan seorang suami. Bila seorang suami sihat, beliau boleh bekerja dengan baik. Kesihatan itu penting sebenarnya cuma akan disedari bila dah jatuh sakit.

Vitamin bukan makanan yang kena ambil waktu sakit....tetapi ubat. Vitamin adalah usaha untuk jaga kesihatan jangka panjang. Namun makan vitamin tak bermakna sihat dan takkan mati. Makan vitamin ni macam orang pakai helmet semasa membawa motor. Kalau perjalanan selamat alhamdulillah. Tapi kalau kemalangan, kurang2 kecederaan tak la seteruk mereka yang tak pakai helmet.

Balik pada kita juga....apa yang kita utamakan.....





🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#cariredhaAllah

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima kasih atas komen anda. Kami sangat menghargainya.