Selasa, 7 April 2020

Melayan gelagat anak masa PKP

Mana tak semua courier 'jam' waktu PKP ni...sebab bila dah duduk rumah, tak de kerja aje...kita on shopping online.
Saya sendiri memang akan shopping produk Shaklee untuk melengkapkan mana-mana vitamin yang kian menyusut. Belum sampai yang di order, pesanan baru akan terus dibuat bila kehabisan produk.
PKP ni bukan hanya membuatkan anak bergerak ke ruang tv dan dapur semata-mata tapi tercari-cari barang yang boleh dibeli secara atas talian.
Mereka seolah olah gelisah melihat setiap hari Gdex menghantar parcel Shaklee untuk ibu mereka ini. Tanpa ada parcel untuk mereka. 
Malam ni mereka tanya boleh tak order jam untuk exercise ....ya setiap petang mereka akan ada masa untuk kayuh basikal dalam rumah sambil tengok tv manakala sorang lagi sibuk dengan aktiviti gym sambil menambah otot yang baru nak up.
Kali ni mengalah juga la ibu....layankan aje la. Supaya tak la teruk rasa kecewa mereka kerana dah 3 minggu terperap dalam rumah. Anggapkan ia hadiah sebab siapkan tugasan membaca buku ilmiah dan kena buat kupasan buku yang dibaca.
Sebenarnya saya dibesarkan dengan dunia lebih kurang macam PKP....kalau istilah lain dikatakan 'dikongkong'. Pergi balik sekolah mak jemput. Tak de masa lepak rumah kawan. Semuanya berkisar dalam rumah. Syukur arwah suami kepada makcik saya Ida Nor dulu kerja dengan DBP [ Dewan Bahasa dan Pustaka], banyak la buku dan novel percuma kami dapat dan baca di rumah. Saya pula tak gemar tengok tv. Best lagi baca buku. Jadi saya nak wujudkan budaya tu pada anak-anak cuma bermula dengan 'tugasan wajib baca' dan saya harap ia akan jadi budaya yang berkekalan sampai mereka dewasa.
Ni dah masuk buku kedua mereka baca....kali ni bagi buku bisnes pulak. Jutawan MLM tulisan tuan Kang Razzi Armansur. Biar mereka ni terdedah dengan penulisan bisnes pulak. Kita tengok apa mereka kupas tentang isi buku ni. Nak juga tahu bagaimana pemahaman budak umur 13 dan 17 terhadap buku yang popular pada zaman umur ibu 20an.



🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa
 #pengedarshakleeterengganu
#shakleereadystock
#ShakleeVivixkualaterengganu
#ShakleeMalaysia
#ShakleeResV

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima kasih atas komen anda. Kami sangat menghargainya.