Selasa, 21 Januari 2020

Baru tahu cara nak lekat satu amalan [ Istiqamah]....

Sebelum ini saya ada share kan di facebook saya ....


Betapa banyaknya amalan sebenarnya yang bagus untuk di amal....Namun ada segelintir yang bertanya bagaimana nak jadikan ia amalan yang berterusan dan konsisten? atau nama lainnya istiqamah?


Satu ceramah seorang ustaz telah membuka minda saya dan saya akui ada kebenaran dalam kata-kata yang disampaikan oleh beliau.

Jika mahu sesuatu amalan itu lekat dengan kita, kita perlulah menetapkan masa untuk amalan tersebut supaya ia lebih khusus.

Waktu itu saya cuba reflek diri sendiri....dan memang ada kebenaran dalam kata-kata ustaz ini.

Saya khususkan pagi mesti membaca 1 kali surah Yassin utuk dihadiahkan pada mak abah sama ada selepas solat Subuh atau jika bangkit lebih awal, saya akan baca sebelum masuk waktu Subuh.

Maka sebenarnya kita sendiri perlu menyediakan jadual riadah untuk beramal.

Contohnya :

✔ Membaca zikir :

Subhanallah wabihamdih Subhanallahil Azim , Astaghfirullah 100x  

Adalah sangat digalakkan membacanya sebelum masuk waktu Subuh [ waktu sahur] atau selepas Subuh sebelum terbit matahari.

✔ Membaca 10 kali surah Al Ikhlas

Selepas solat Sunat Dhuha, jadikan rutin membaca 10 kali surah Al Ikhlas. InsyaAllah ia akan berterusan bila kita dah set kan masa khusus  untuk membacanya.


✔ Mengaji Surah Al Mulk, Al Waqiah dan As sajadah

Menjadikan ia amalan tetap dibaca selepas solat Isyak.


dan amalan-amalan lain kita buatkan jadual supaya senang nak beramal. InsyaAllah lebih istiqamah kerana ada masa khusus yang kita dah tetapkan.



Semoga Allah memberikan kita taufik dan hidayah dalam semua urusan di dunia ini. Amin.





 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Kami sangat menghargainya.