Sabtu, 28 September 2019

Stress mengundang penyakit tanpa sedar

Beberapa pesakit kanser atau kronik diabetis yang saya kenal, mereka ini dalam kelompok yang terdedah dengan tekanan yang tidak nampak. Dalam erti kata lain mereka ini sebenarnya stress.

Contoh seorang ni, saya kenali beliau sebagai pakcik A. Beliau mendapat penyakit kanser tahap akhir saat umur beliau mencecah 50 an. Beliau terlalu sibuk dengan kerja. Hidup beliau banyak dengan kerja pejabat. Balik kekadang lewat. Solat pun tak menentu.

Seorang lagi seorang kakitangan kerajaan yang saya kenal sejak 2005 dulu. Beliau terlalu banyak fikir sehinggakan tidak menjaga pemakanan dan akhirnya menyebabkan kronik diabetis.

Ya stress walaupun dalam minda sebenarnya ia boleh merosakkan sistem imun tubuh tanpa kita sedar.

Bagaimana nak kurangkan stress dalam apa yang kita usahakan?

Tekanan tanpa sedar sedang mengundang penyakit.

Pastinya sebagai pengamal vitamin, kita akan pastikan pengambilan vitamin yang teratur dan berdisiplin supaya kita dapat rasai kesan istiqamah.
Namun selain itu, kita kena belajar untuk menukar tenaga negatif kepada positif dengan secepat mungkin.

Bila kita susah hati, kita menghantar gelombang pada sistem kita, apa yang kita takuti itu akan berlaku. Maka untuk kita kurangkan atau elakkan [ paling baik] adalah dengan menukar fokus fikiran kita dengan melakukan sesuatu yang menggembirakan.


Sebagai contoh, 

Memeluk anak ,pasangan atau ibu ayah sebenarnya dapat membantu melegakan stress yang kadangkala kita tak sedar dan tak nampak. Jadikan amalan menyentuh mereka yang kita sayangi melebihi memegang gadget.

Memasak untuk keluarga dengan hati gembira.

Mengemas rumah memastikan rumah bersih terutama tandas.

Memberi sedekah pada manusia dan haiwan.

Banyakkan istighfar, mengaji dan berzikir.

Mendengar bacaan Al Quran.

Lebih banyak masa kita usahakan untuk raih rahmat Allah, energy positif kita akan lebih kuat berbanding energy negatif.

Serahkan semua urusan pada Allah dengan berlapang dada. Allah pasti akan hantar solusi terbaik bila kita sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Selamat mencuba.


 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Kami sangat menghargainya.