Khamis, 9 Mei 2019

Apakah 'nilai' yang kita pegang bila berniaga?

Apa yang kita lakukan adalah apa yang kita tanam melalui apa yang pernah kita lalui dan melalui pengamatan pengalaman yang kita pernah hadapi.

Saya mempunyai teman yang menyangka bisnes itu mudah bersandarkan pengalaman yang beliau lihat dari apa yang ayahanda beliau tunjukkan. Ayahanda beliau sentiasa membuktikan bahawa bisnes lebih baik dari bekerja makan gaji. Namun realitinya bisnes bukanlah satu yang sentiasa naik. Maka teman saya perlukan masa untuk serap dan serasikan pengalaman sendiri dan pengamatan beliau selama ini dalam bisnes.
Ada hari turun naik. Macam cuaca juga. Ada hari panas, ada hari mendung malah ada hari hujan namun ianya tidaklah kekal berpanjangan.

Saya dibesarkan dengan dunia berniaga. Abah berniaga macam-macam untuk membesarkan saya adik beradik. Saya melihat semua jatuh bangun abah dalam bisnes. Ia tidak semudah yang disangka. Mungkin sebab itu ramai yang memilih untuk bekerja dan mempunyai pendapatan yang tetap. Malah kalau orang tua dulu selalu pesan, nanti belajar pandai-pandai sampai masuk Universiti dan dapat kerja bagus, gaji pun bagus.

Cuma bila dah ramai mempunyai keputusan yang bagus, cabaran pada tawaran kerja la pulak.

Maka pilihan lain adalah dengan berniaga.

Nabi pun berniaga. Jadi sebenarnya berniaga ini mempunyai ibrahnya yang tersendiri. Ia membuatkan kita meletakkan kebergantungan sepenuhnya pada Allah. Kita tahu bahawa Allah jua yang mengurniakan rezeki. Maka perlu jaga hubungan dan tatatertib dengan pencipta.

Apa yang saya belajar dari pengamatan saya ke atas apa yang abah usahakan ....berniaga perlu ada kesabaran yang tinggi. Kalau kita sentiasa bertukar-tukar bisnes, kita takkan nampak hasil yang sebenar dalam kehidupan.

Berniaga mengajar kita mengenal erti kesabaran dan menghargai setiap rezeki yang Allah kurniakan.

Ada nilai yang tersendiri dalam apa yang kita usahakan.

Bilamana berniaga untuk keluarga, pastinya kita mahu melihat keluarga yang bahagia dan lahirnya anak yang baik akhlaknya.

Bilamana berniaga untuk menggembirakan mak dan ayah, kita mahu mereka menikmati apa yang kita usahakan untuk beroleh keberkatan dalam kehidupan.

Bilamana berniaga untuk menampung kekurangan , kita juga mahu melihat rezeki yang barakah....yang mana hasilnya membawa ketenangan jiwa dan sedikitnya membawa kecukupan dalam keselamatan.

Image result for berniaga
Namun jika berniaga hanya untuk menujukkan kehebatan dan kemegahan, ianya takkan berlaku lama kerana Allah tidak suka pada yang sombong dan kufur pada nikmatNya.

Oleh sebab itu 'nilai' yang kita pegang itulah menentukan cara mana kita menghargai nikmat yang Allah beri. Wallahu alam.


 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Kami sangat menghargainya.