Isnin, 1 April 2019

Menu sahur simple tetapi seharian cergas.

Masa berlalu dengan sangat pantas. Sekarang dah masuk bulan April bermakna hanya lagi sebulan lagi jika dipanjangkan umur kita akan bertemu dengan Ramadhan.

Bagi yang perlu menggantikan puasa, kita masih punya sebulan lagi...

Saya dah cuba beberapa kali sahur kurma bersama bancuhan ESP, Meal Shake dan Performance Drink.

Terlebih dahulu, jika esoknya saya nak berpuasa, saya akan ambil beberapa biji kurma.

Saya akan buangkan semua biji kurma tersebut dan saya rendamkan kurma tanpa biji ini dalam segelas air dan saya simpan dalam peti sejuk untuk semalaman. Ini bertujuan untuk melembutkan kurma tersebut.

Esoknya waktu bersahur saya akan ambil kurma yang direndam dan saya masukkan beberapa sudu ESP, Meal Shake dan Performance Drink di blend bersama sekaligus.

Memang mengenyangkan dan badan rasa ringan dan berbeza bila sahur dengan nasi. Mata mudah mengantuk terutama nak tunggu solat subuh.

Bagi yang nak cuba sahur dengan supplement Shaklee, saya alu-alukan anda rasai sendiri perbezaan harian yang anda lalui bila bersahur dengan set ini. InsyaAllah sangat berpuas hati.


Saya blend dengan blender Shaklee jual sebelum ini...sangat mudah dan bancuhannya sekata.
Jika anda memang sudah ada blender buah atau jus boleh juga gunakan yang sedia ada.

Selamat mencuba.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu



Salam sayang
dari N2 @ Ibu Addinnasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Kami sangat menghargainya.