Rabu, 27 Mac 2019

Kekal sihat di penghujung usia

Lamanya tak berupdate blog ... setiap hari mencari ruang untuk menulis di blog. Alhamdulillah Allah izinkan juga hari ini.

Nak kata sibuk sangat tak juga...tapi bila umur dah capai 41 tahun ni rasa masa berjalan sangat la cepat. Dalam tak sedar dah 20 tahun saya makan vitamin Shaklee. Alhamdulillah masih makan sampai sekarang.

Di kala ini kami terus amalkan makan vitamin untuk dapatkan kesihatan yang optimum sebenarnya kerana kalau boleh hingga akhir hayat Allah izinkan kami solat dan dapat sujud dengan baik.

Ramai hari ini mempunyai masalah kesihatan yang ketara... sebenarnya ia berpunca dari pemakanan, cara hidup dan bagaimana pengurusan tekanan yang kita buat setiap hari.

Ya pilihan kami cuma amalkan supplement untuk seimbangkan dengan pemakanan yang kita ambil setiap hari. Namun walau makan vitamin C tak bermakna kami abaikan pengambilan sayur dan buah-buahan kerana badan kita tetap memerlukan fiber untuk proses pembuangan yang lebih baik.

Semua orang mahu sihat, tapi sihat bukan hanya pada fizikal sahaja ...sebenarnya emosi juga perlu sihat. Emosi yang sihat membantu kita banyak rasa bersyukur dengan segala anugerah dan nikmat yang Allah bagi. Emosi yang sihat juga membantu kita sentiasa bersangka baik dalam semua keadaan.

Maka supplement pada saya penting untuk seimbangkan keperluan fizikal dan mental.

Namun balik pada pendapat individu...kita makan ikut keperluan dan kepentingan masing-masing. Yang pasti kita tahu bagaimana kehidupan hari tua yang kita impikan.


Image result for muslim elderly
Kekal sihat di penghujung usia


 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Kami sangat menghargainya.