Jumaat, 29 Mac 2019

Buat untuk hari tua.

Bila ada ramai kawan...ada pelbagai ragam manusia kita jumpa. Ada banyak perkara kita belajar. Yang baik kita amik sebagai tauladan. Yang tak baik kita jadikan sempadan.

Dalam ramai-ramai kawan pasti ada kawan kita yang hidupnya siap di plot kan...maksud saya terancang.

Umur 23 habis belajar Universiti.

Umur 26 Berumahtangga

Umur 30 Mesti naik pangkat dalam pekerjaan.

Umur 35 Mencari persediaan untuk pencen.

Umur 40 Mesti dah siap umrah atau haji. Banyakkan masa ke masjid.

Umur 50 Pencen dan fokus dengan aktiviti yang dah dirancang.



Ya, golongan ini biasa mereka pandang sangat jauh ke hadapan. Berwawasan.

Kalian macam mana? Dah plot kan impian? Kalau sudah...teruskan usaha. Jauhkan dari sifat putus asa supaya hari tua boleh senyum gembira dengan hasil yang dah diusahakan.


Masa mudalah kena kerja keras. Jangan layan sangat perasaan malas , down, kecewa atau moody...kerana masa muda nilah kita banyak kudrat dan tenaga yang Allah kurniakan.....maka jangan sia-siakan. 

Hakikatnya apa yang kita usahakan hari ini adalah untuk masa depan diri sendiri juga bukan orang lain.

Mereka yang punya hari tua yang baik bermula dari apa yang mereka usahakan semasa muda.

So hari tua macam mana yang kita nak?




Salam sayang
dari N2 @ Ibu Addinnasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Kami sangat menghargainya.