Rabu, 23 Januari 2019

Cirrhosis dan GGT , apa kaitannya?

Biasa kita akan fokus dengan apa yang kita nampak...luaran khususnya tapi organ dalaman kita takkan tahu hinggalah badan beri signal. Badan mula trigger apabila ada sesuatu yang berlebihan...dari situ kita akan nampak simpton.

Macam masalah jantung tersumbat...ramai orang hadapi ini tapi selagi tak kena serangan jantung kita pasti takkan tahu.

Syukur kami ni dalam bisnes kesihatan...tergerak nak selalu buat health screening....kami cuma ke BP Lab aje. Amik yang basic biasa dalam RM168 macam tu la harganya.

Kenapa kena buat? Dah orang selalu kata makan banyak vitamin rosak buah pinggang. Jadi nak la cek sendiri kebenaran dalam kata-kata itu.

Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik khususnya buat pinggang dan saya takde masalah kolestrol. Cuma suami saya dia suka makan satay...maka kolestrol sedikit tinggi tetapi bacaan GGT beliau juga tinggi.

Waktu tu kami mula la belajar apa benda GGT tu? Tanya la kawan2 yang kerja doktor termasuk Siti Munirah dan Nurul Azwa Hasny serba sedikit tentang GGT ni. Rupanya kalau ia berlarutan boleh mendapat risiko Cirrhosis ...penyakit pada hati.



Rupanya banyak faktor kenapa kita boleh terdedah dengan masalah hati selain dari pemakanan....selain makanan berminyak, kurang minum air dan sering tidur lewat antara faktor kita terdedah dengan penyakit Cirrhosis ini.

Nanti saya share kan bagaimana suami saya dah dapat turunkan bacaan GGT dari 180 kepada 30 !!!!

Stay tune!




🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Kami sangat menghargainya.