Selasa, 6 November 2018

Mencari bisnes yang mempunyai permintaan berterusan?

Masa saya awal-awal berjinak dalam bisnes Shaklee saya masih teringat satu video ke atau artikel yang ditulis 5 bisnes yang permintaannya sentiasa berterusan.



1. Loyalti Buku
Bila seseorang itu mempunyai bakat menulis dan berkarya, maka peluang untuk individu itu terus berjaya adalah melalui loyalti jualan bukunya. Ditambah jika buku itu adalah buku ilmiah dan sentiasa menjadi rujukan ramai orang. Mungkin oleh sebab itu juga, terdapat bisnes dropship penjualan buku oleh toko buku besar demi melariskan jualan produk buku mereka.


2. Produk makanan
Ya, kita sedia maklum kedai makanan adalah bisnes yang tak putus dengan pengunjung. Sudah pasti orang nak makan setiap hari. Paling utama menu yang menarik , makanan yang sedap dan service yang cekap bila berhadapan dengan ramai pelanggan terutamanya.


3. Barang berkaitan dengan kelahiran dan kematian.
Setiap hari ada sahaja nyawa yang lahir ke dunia dan pastinya ada yang meninggal dunia. Ianya adalah proses kehidupan yang berlangsung setiap hari dan tak pernah putus. Maka produk yang berkaitan dengan kelahiran...contohnya pakaian bayi dan keperluan bayi dan ibu pastinya menjadi perhatian golongan yang terlibat dengan kelahiran.
Bisnes berkaitan dengan kematian juga antara bisnes yang mendapat permintaan berterusan.


4. Bisnes yang berkaitan dengan majlis perkahwinan
Kalau dulu untuk bersanding, susah juga nak cari mak andam...tapi kini ramai aje yang telah menjadi MUA [ make up artist], nak cari mereka yang uruskan pelamin juga sekarang sangat mudah. Paling utama google aje. Ini menunjukkan ianya bisnes yang banyak permintaan dengan syarat pandai menguruskan pelanggan yang dipanggil Raja Sehari. Bukan sahaja berkaitan dengan pengantin, tetapi penyediaan doorgift juga menjadi trend bisnes surirumah yang boleh usahakan dari rumah sahaja.
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Melalui google, jumpa wedding planner yang best .



5. Produk Kesihatan
Jika dulu berapa kerat sahaja produk kesihatan yang kita ketahui di pasaran. Namun hari ini banyak syarikat yang usaha mengeluarkan produk kesihatan kerana tahu era sekarang ramai orang stress dengan kerja, ramai orang nak cantik dan nak sihat dan ditambah ada orang nak bentuk badan yang menawan.
Produk kesihatan yang dah berada lebih 25 tahun di Malaysia.





So bagi surirumah yang bercadang nak buat bisnes dari rumah, kalian boleh la pilih mana-mana bidang dari 5 di atas ini.... supaya kalian terus bersemangat nak berbisnes.




Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa