Selasa, 30 Oktober 2018

Pengajaran sebalik permainan


Semalam lewat petang anak-anak ajak main game kapal terbang. Saya cuma jawab selepas selesai Isyak dan solat sunat baru boleh main. Walaubagaimanapun, selepas selesai saya dahulukan order produk Shaklee dulu dan register ahli mana yang perlu supaya mudah nak uruskan esok hari.

Kami mula bermain agak lewat...dalam jam 10 lebih kurang. 

Saya bermain dengan warna hijau, Addin dengan warna merah, Nasa dengan warna biru dan Abah Addinnasa warna kuning.

Kami buat rules yang mana untuk mula bergerak perlu dapatkan no 5 atau 6 menggunakan balingan dadu.

Permainan menjadi rancak apabila kami bertiga dapat mengeluarkan jet masing-masing kecuali abah Addinnasa.

Hingga pusingan ke berapa [ tak terkira dah] Abah Addinnasa masih tak dapatkan no 5 atau 6 maka jet abah Addinnasa tak dapat la nak bergerak. Setiap kali baling dadu asyik dapat no 1 atau no 2. Sampaikan saya suruh bagi dadu lain kot la boleh ada luck. Namun masih nasib yang sama.

Hinggalah satu stage...kami tiga beranak kecuali Abah Addinnasa dah dapat masukkan jet ke rumah masing-masing barulah Abah Addinnasa berpeluang meneruskan permainan. 

Kami meneruskan permainan...dan percaya atau tidak, Abah Addinnasa adalah juara permainan ini semalam. Abah Addinnasa berjaya melengkapkan 4 jet pulang ke rumah masing-masing.

Dan....paling kelakar ibu adalah yang terakhir complete kan game. Tak per la janji anak-anak happy.


Jam menunjukkan 11.30 malam...masa untuk minum tripple gems sebelum tidur dan semua anak-anak happy kerana dapat bermain dengan game kapal terbang ni.

Namun ada benda yang saya belajar dari permainan ini.




1. Sabar - nak main ni kena sabar. Sabar adalah tunggak untuk bermain dan mesti berlapang dada. Sama la bila buat bisnes, kena ada sifat SABAR.  Kerana pokok tak berbuah dalam sehari.


2. Sentiasa bersangka baik selalu. Setiap permulaan belum pasti pengakhirannya. Penting teruskan usaha. Dalam bisnes pun sama, kadang-kadang permulaan macam tak nampak jalan, tapi kena bersangka baik selalu.


3. Jangan sibuk tengok orang kiri kanan. Tak perlu compare nasib kita dengan orang. Fokus dengan usaha majukan diri sendiri. Dalam bisnes pun sama, jangan sibuk tengok orang lain...kadang-kadang boleh menyebabkan kita down. Walhal adakala status update orang lain pun belum jamin pengakhiran dia hebat.


4. Jangan pandang remeh pada orang yang lambat, kerana pengakhirannya hanya Allah juga yang lebih tahu. Dalam bisnes kalau rezeki kita lebih dari orang lain, bersyukur dan doakan kawan-kawan lain pun boleh dapat sama. Jangan fikir diri sendiri aje kerana kita tak tahu masa depan sapa yang lebih baik.


5. Nikmati permainan dengan rasa happy supaya apa jua keputusan kita sentiasa berlapang dada. Dalam bisnes pun sama, kena ada jiwa yang gembira dan bersemangat kerana Allah memandang usaha dan Dia tahu nak beri rezeki dari laluan yang mana. Wallahu alam.