Selasa, 30 Oktober 2018

Antara vitamin utama yang para wanita perlu pertimbangkan.....

Bila kita makan tengahari atau makan malam....adakah kita suka banyak lauk atau 1 jenis aje dah memadai?

Ya setiap orang punya citarasa berbeza.

Ada ibu yang suka masak lauk yang banyak jenis. Ada yang cukup dengan 1 atau 2 jenis lauk malah ada yang siap dengan dessert sekali.

Image result for nasi lauk telur
gambar dari google.

Ada juga yang memang gemar memasak atau bila makan berhidang walaupun membeli, memang suka lauk pauk yang banyak biarpun setiap satu kuantitinya sedikit aje.

Image result for nasi banyak lauk
gambar dari google

Kedua-duanya tak salah , cuma pasti ada pro and contra nya.

Golongan yang makan 1-2 lauk;  Jika 1 atau 2 lauk, kita mungkin kekurangan beberapa zat dan galian yang diperlukan oleh badan. Terutama orang yang suka makan makanan yang sama aje...nasi dengan sardin atau nasi dengan lauk telur goreng.

Golongan yang makan banyak lauk : Jika lauk pauk yang meriah pula kita terdedah makan banyak dan pastinya akan makan berlebihan dan badan terdedah dengan risiko penyakit seperti kandungan lemak dan sodium yang tinggi selain protien laut yang boleh sebabkan gout etc.


Balik pada vitamin pula....vitamin paling minima yang setiap wanita perlu ambil adalah

Multivitamin 
Bila semakin berusia, kita akan kekurangan lebih banyak vitamin yang mampu dihasilkan oleh badan.   Maka multivitamin sangat penting dalam memastikan penghasilan hemoglobin yang mencukupi, membantu tubuh lebih bertenaga dan mengurangkan risiko rambut semakin nipis.


Kalsium dan Magnesium
Golongan ibu dan wanita adalah golongan yang mudah mendapat Osteoporosis. Ini kerana kita melalui proses menstrual setiap bulan dan kita menggunakan banyak kalsium semasa mengandung dan menyusu badan. Tanda awal kurang kalsium adalah bila gigi dah mudah rapuh dan sakit sakit sendi dan tulang belakang.
Maka penting pengambilan Kalsium dan Magnesium [ Ostematrix untuk produk Shaklee] supaya para isteri tak mudah bongkok masa tua dan mengalami masalah tulang rapuh.


Vitamin C
Pengambilan vitamin C sangat penting sebagai asas vitamin yang menyokong sistem imunisasi tubuh.  Pengambilan vitamin C membantu wanita tidak nampak cepat tua dari usia. Ia menghalang stress yang melampau dan membantu tubuh melawan karsinogen. Pengambilan yang konsisten membantu sel darah kekal anjal.

 
Gama Linolenik Asid [ GLA]
Kita biasa mendengar tentang EPO kan? Ya ia penting dalam membantu menstabilkan hormon wanita. Memandangkan wanita mempunyai jadual menstrual bulanan, dan wanita juga melalui proses monopause maka pengambilan GLA sangat membantu supaya proses itu berlangsung dengan baik dan tidak mengganggu kesihatan wanita.


B complex
Vitamin B complex bukan hanya sebagai fungsi membuka selera. Tetapi lebih kepada menenangkan emosi dalaman dan sistem tubuh. Vitamin B boleh berfungsi untuk kekal aktif dan ia juga boleh berfungsi sebagai penenang. Wanita yang dah berumur, ada yang mempunyai masalah emosi menjadi sensitif, cepat marah, cepat merajuk...maka pengambilan vitamin B Complex sangat penting untuk golongan ini.




Kalau rasa banyak sangat nak amik....pilih la mana ikut keperluan diri. 

Hanya kita yang tahu signal badan kita.


Tak perlu tengok orang lain. Tepuk dada tanya selera.


Wanita mempunyai tanggungjawab yang banyak terutama yang bekerjaya....kerana tugasnya akan bersambung bila dah sampai rumah pula sebagai seorang ibu dan seorang isteri.


Vitamin Shaklee terengganu


Nak cuba makan vitamin? Boleh < ORDER VITAMIN DI SINI >


 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689



♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa