Sabtu, 11 Ogos 2018

Melahirkan anak yang berjaya dengan jiwa yang kaya.

Buat mak ayah yang ada anak nak ambil peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 mahupun SPM.... saya pasti gementar dan bahang peperiksaan pasti terasa terutama bila dah makin hampir dengan tarikh peperiksaan.

Image result for exam pupils in malaysia

Ibu ayah mana yang tak mahu melihat anak yang cemerlang dan berjaya kan? Semua mahu. 
Ramai yang sediakan masa untuk mengajar anak selepas siap homework ...malah ada yang top up dengan kelas tambahan.
Kalau boleh nak anak tu baca buku memanjang serta buat ulangkaji sepanjang masa sebab masa exam dah makin hampir.....sebab kalau nak main game PS4 ke, game kat hp ke...lepas exam main la puas-puas. 


Tapi ada satu yang sering mak ayah lupa....letakkan Allah dalam hati anak-anak.

Ajarkan mereka solat hajat setiap hari sekurang-kurangnya sekali selepas maghrib atau isyak. Jika dah 12 tahun, insyaAllah waktu ni dah pandai mengaji, pesan mengaji sekurang-kurangnya 2 surah iaitu Al Waqiah dan surah Yassin.
Ramai orang buat solat hajat hanya 1 minggu sebelum exam. Ada pentadbiran sekolah bagus buat setiap Khamis atau Jumaat bersama pelajar.
Tapi alangkah baik jika kita dan anak kita dapat amalkan setiap hari. Bila kita bersungguh minta, sambil anak kita usaha belajar ulangkaji....pasti Allah berikan yang terbaik kan?
Kerana apa? Kerana kita mahu anak kita meletakkan kebergantungan kepada ALLAH. Sesungguhnya Allah yang bagi markah tu. Penanda kertas peperiksaan tu hanya perantara semata-mata.
Seandainya anak kita berjaya mendapat semua A dan cemerlang, dia tahu ia berlaku kerana IZIN Allah. Akan ada dalam hati kecilnya, Allah bantu aku dan Allah beri aku kejayaan. Alhamdulillah syukur dipanjatkan pada Ilahi.
Tidaklah anak tu nanti membangga diri menyangka dirinya hebat dan kerana itu dia dapat semua A dan cemerlang.
Seandainya keputusan yang keluar tidak memihak kepada si anak, yang pasti Allah ada dalam hatinya dan dia akan yakin, itulah yang terbaik buat dirinya. Dia takkan kecewa kerana dia yakin asbab solat hajat dan amalannya, apa yang diperolehinya adalah hasil yang terbaik. Allah pasti sedang mengatur yang lebih baik untuknya.
Sebagai ibu dan ayah juga, perbanyakkan solat hajat dan bersedekah...niatkan sedekah itu untuk masa depan anak. Mudah-mudahan anak-anak kita selamat dimana sahaja mereka berada dan berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat.
Takde la kita stress atau tension....kerana terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada anak. Letakkan kebergantungan kepada Allah dan moga anak-anak kita menjadi anak yang berbakti pada kita hingga akhirat nanti.
Wallahu alam.