Khamis, 26 Julai 2018

Rahsia sakit kansernya tak merebak....

Alhamdulillah selamat balik dari Miri semalam. Perjalanan singkat 4 hari 3 malam untuk ziarah bidan yang jaga saya selepas melahirkan Nasa. Alhamdulillah Allah mengizinkan hubungan itu berpanjangan hingga ke hari ini.


Syukur juga berkesempatan bertemu dengan seorang kawan yang dah lama kami tak jumpa. Beliau juga dalam proses recovering operation kerana sakit kanser.

Satu perkara yang saya belajar dengan kawan ini....

Teruskan rutin seperti biasa....jika sakit...jangan dilayan sampai berlarutan hingga pasrah. Ini boleh menyebabkan penyakit menjadi lebih parah.

Kata kawan kami ramai orang biasanya bila sakit....terus membayangkan dunia menjadi gelap dan tiada harapan untuk hidup. Terutama bila dapat tahu kena penyakit kanser.


Tapi syukurnya kawan kami ni orang yang sentiasa menyibukkan diri dengan rutin harian seperti biasa dan dengan ini membuatkan beliau tidak layan sangat penyakit yang datangnya tak pernah diundang.


Miracle sebab kansernya tidak merebak seperti kes biasa. Selain semangat juang yang kuat , rutin harian yang penuh juga membuatkan beliau tiada masa nak melayan perasaan.
Fikiran kawan kami ini lebih banyak tertumpu dengan urusan kerja dan beliau sentiasa usaha menyibukkan diri supaya tidak memikirkan tentang sakitnya.
Alhamdulillah beliau tak perlu lalui kimoterapi kerana doktor mengesahkan beliau semakin sihat.


Saya memang terkesan dengan kata-kata kawan ini...hakikatnya fikiran yang positif memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita termasuklah perkara yang melibatkan kesihatan. Wallahu alam.





Image result for busy
Menyibukkan diri untuk kita tak layan perasaan.

Namun penting juga dengan siapa kita berkawan....kalau kawan yang banyak sangat masa...relax dengan golf setiap hari...lama-lama sakit juga sebab terlalu relax. Jadi kena bijak memilih kawan.