Rabu, 27 Jun 2018

Pengalaman Umrah Akhir Ramadhan

Alhamdulillah Allah izinkan kami merasa berpuasa di tanah ambiya Madinah Al Munawarah. Bukan satu perkara mudah bila musafir ke tanah Arab waktu puasa.

Manakan tidak kita perlu tambah 5 jam lagi waktu berpuasa....mungkin sebab itu ada yang mengambil rukhsah musafir dengan tidak berpuasa sepanjang perjalanan.

Rombongan kami seramai 10 orang sahaja....kami sampai malam 27 Ramadhan....dan alhamdulillah kerana sampai waktu malam, maka tidak terasa bahang cuaca di sana yang dikatakan agak panas menghampiri akhir Ramadhan.

Oleh kerana berpuasa hanya 29 hari sahaja tahun ini, maka dapatlah bersahur 2 hari di Madinah. Rezeki betul sebab hotel Al Syaza di Madinah ini menyediakan sahur secara percuma!

Kerana cuaca di sana ketika itu adalah antara 45-47 darjah celcius....maka Performance Drink Shaklee kami jadikan amalan masa sahur dan berbuka.

Alhamdulillah merasa Aidilfitri di Tanah Suci Madinah pada pagi hari dan malamnya kami sampai Mekah untuk menunaikan umrah. Selesai Umrah satu rombongan [ 10 orang kami] ...masing-masing balik ke hotel untuk beradu kerana jam dah menunjukkan jam 1 pagi.

Kami 4 beranak tidak terus balik ke hotel sebaliknya ke hotel Hilton Suites di Mekah untuk beraya dengan mak ayah serta Huda.


Mak ayah dan Huda menunaikan umrah lebih awal dari kami yang mana mereka bertolak pada 6 Jun maka mereka berangkat pulang pada 16 Jun 2018.

Sempatlah kami beraya dan bergambar kenangan di tanah suci  Makkah Al Mukarramah.

Kami beraya di Mekah hingga raya ke enam sambil buat umrah selang sehari dengan tawaf sunat. Pengalaman baru buat kami beraya di Mekah tahun ini.


Dikatakan cuaca mula panas sejak pertengahan Ramadhan dan akan meningkat naik apabila musim Haji nanti wallahu alam.

Maka para jemaah haji, andai ada rezeki lebih cubalah dapatkan Performance Drink Shaklee dan beberapa vitamin asas yang boleh dibawa untuk bantu kekalkan stamina.


Next entry saya akan share kesan vitamin pada makcik dan pakcik saya sepanjang amalkan semasa menunaikan umrah di sana. InsyaAllah.



#vitaminumrahdanhaji
#Performancedrinkshaklee
#umrahakhirramadhan




♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa