Jumaat, 13 April 2018

Pentingkah minyak ikan untuk si manja?

Sejak dari kecil arwah mak akan beri kami adik beradik makan minyak ikan... zaman kecik kami tak kenal Shaklee so arwah mak hanya beli yang ada di farmasi aje. Walaupun begitu arwah mak tak beli yang biasa, tapi adalah jenama yang dikenali iaitu 7 sea.

Saya senang kunyah bila arwah mak bagi mungkin sebab saya suka bau ikan tu... walaupun dalam istilah lain memang hanyir.... kadang kadang saya makan lebih bila arwah mak suruh ambil sendiri.

Bila tanya arwah mak kenapa kena makan? Arwah mak akan jawab bagus untuk otak dan paru-paru. Mungkin sebab kami ni ramai jadi arwah mak nak pastikan kami semua sihat.

Inilah vitamin yang saya ingat saya makan sejak kecil. Selain dari vitamin C entah brand apa saya kurang ingat.

Sebenarnya minyak ikan ni bagus diambil oleh kanak-kanak yang dah mula pandai mengunyah atau menelan vitamin. Ia memang dah diketahui umum bagus untuk otak yang mana ia membantu membesarkan grey area dalam otak kanak-kanak agar dapat berfikir kreatif dan diluar kotak. Selain membantu menguatkan daya ingatan dan fokus.

Selain itu ia juga membantu chest anak-anak warm dan tak mudah diserang asma atau semput dek kerana cuaca sejuk atau disebabkan minum air sejuk.

Minyak ikan juga bagus dalam meningkatkan sistem imun kita begitu juga anak. Ini kerana fungsi minyak ikan itu sendiri sebagai anti inflammation ( anti keradangan).

Minyak ikan seperti diketahui umum ia juga bagus mengawal paras kolestrol yang kini bukan sahaja menjadi masalah pada orang berusia tetapi orang muda juga akibat pemakanan yang tidak seimbang. Maka pengambilan minyak ikan sejak dari awal lagi membantu kesihatan dalaman termasuk jantung.


Memandangkan kita bekerja demi keluarga, jangan lupa laburkan sedikit duit untuk mendapatkan minyak ikan untuk si manja tersayang.

Nanti saya akan sharekan kelebihan minyak ikan yang kami amalkan.

Pengedar Vivix Shaklee Kuala Terengganu
Omega Guard Shaklee