Selasa, 10 April 2018

KITA TAK NAMPAK *الله* ?

Imej yang berkaitan




Bila *الله* sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak *الله*.

Bila *الله* berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak *الله*.

Bila *الله* bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang di ceburi.. Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak *الله*.

Bila *الله* bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dalam perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak *الله*.

Bila *الله* kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak *الله*.

Bila *الله* keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia di sekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak *الله*.

Bila *الله* masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak *الله*.

Bila *الله* bagi segala jenis nikmat yang tak pernah mintak dibayar & tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak *الله*.

Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar.. Dek keangkuhan seorang hamba atau mungkin kotornya segumpal darah bernama *Hati*.. Untuk melihat Maha Mencipta di sebalik kejadian.
Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat *الله* dalam setiap langkah kita..
Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini..

Datang dari *الله*, hidup untuk *الله* dan balik kepada *الله*.


Berpesan-pesanlah Pada Hati❣


*copy paste dari group whatsapp