Rabu, 11 April 2018

Bila kita terlalu sibuk melihat orang lain...

Pengedar Shaklee Muar

Sesungguhnya kita semua ni manusia biasa yang tak terlepas dari ujian... antaranya bila kita sibuk melihat kehidupan orang lain.

Kita akan membandingkan diri kita dengan mereka. Kita mula nampak kelebihan orang lain. Kita mencari kekurangan diri sendiri.

Paling parah bila kita melihat kita sebagai “mangsa” keadaan. Kita mula salahkan sesiapa sahaja yang ada di sekeliling kita.

Uniknya kita tak nampak salah diri sendiri.

Kerana apa? Sebab sibuk tengok orang dan sibuk nak jadi seperti orang lain.

Saya teringat satu kisah ni, beliau ni dipandang hebat oleh orang sekeliling. Pengaruh yang hebat. Semua nak jadi seperti beliau. Tapi dalam dunia realiti , beliau tak dapat perhatian dari pasangannya dan keluarga beliau sendiri.
Jiwanya kosong dalam kata sebenar.

Hakikatnya kita bekerja untuk siapa sebenarnya? Adakah keluarga hanya untuk hari tua?

Ada anak yang tak dengar cakap mak ayah sebab apa? Sebab mak ayah sibuk dengan kerja siang malam cari duit. Mereka kata cari duit untuk keluarga tapi masa untuk keluarga pun tak ada.


Hakikatnya kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada dan cari kekuatan diri untuk capai apa yang kita mahu.

Perlu ada dalam minda, dalam kesibukan mengejar impian, keluarga jangan diketepikan.

Paling penting....

Tak usah sibuk nak kata diri mangsa keadaan kerana kebanyakan orang berjaya datang dari orang yang banyak halangan dan cabaran. Kemahuan mereka kuat dan tindakan mereka selari dengan kemahuan. Mereka usaha sampai berjaya!

So pilihan ditangan kita... nak cipta impian sendiri atau hanya jadi penonton impian orang lain. Be yourself 💪.