Khamis, 12 April 2018

Bahaya kehamilan tanpa asid folik

Semalam saya ada share tentang Vitamin Ibu Hamil. So kita teruskan dengan bahaya kehamilan tanpa asid folik yang biasa terdapat dalam multivitamin atau vitamin B Complex.

Perhatian kepada ibu-ibu atau bakal-bakal ibu atau teman-teman wanita saya diluar sana yang sedang berusaha untuk menimang cahaya mata. Patikan anda mendapat cukup nutrisi samada semasa hamil atau sedang merancang untuk hamil.

Ini kerana kegagalan kita mendapatkan nutrisi yang lengkap mungkin boleh mendatangkan risiko kepada bayi kita sebagai contoh kekurangan asid folik boleh mengundang kepada kecacatan tiub saraf (Spina Bifida). Kecacatan ini berlaku kepada bayi yang baru lahir bahkan ketika berada didalam kandungan lagi.

Spina Bifida berlaku apabila saraf tunjang tidak dapat ditutup sepenuhnya semasa proses tumbesaran di dalam rahim ibu. Jika tempat yang terbuka itu terlalu besar, ia boleh menyebabkan sebahagian daripada saraf tunjang bayi terkeluar dari lubang tersebut dan cecair tulang belakang (Spinal Fluid) pula berkumpul.

Kanak-kanak yang mengalami kecacatan ini akan menghadapi kesukaran untuk mengawal pundi kencing (poor bladder control), lumpuh separuh atau sepenuhnya, masalah penghadaman, alergik dan banyak lagi.

Proses pembentukan Spina Bifida ini berlaku semasa awal minggu kehamilan. Waktu itu, para ibu mengandung kemungkinan belum tahu yang mereka sedang mengandung. Sekiranya ibu mengandung tersebut kekurangan asid folik dalam badan, bayi dalam kandungan berisiko tinggi mendapat Spina Bifida. Pengambilan asid folik pada minggu ke 13 ke atas sudah tidak berguna lagi kerana waktu itu pembentukan tiub saraf sudah lengkap. 


Hasil carian imej untuk pregnancy cycle avoid spina bifida
Pentingnya pengambilan Vitamin B Complex untuk mengurangkan risiko Spina Bifida
Oleh itu, para ibu disyorkan untuk memakan makanan yang kaya dengan asid folik 3 bulan sebelum kehamilan dan terus mengambilnya kepada 12 minggu pertama kehamilan. Terutamanya wanita yang hendak berkahwin, makanlah makanan yang kaya dengan asid folik sebelum kehamilan pertama. Mengapa? Sekiranya anak pertama mempunyai Spina Bifida, risiko kepada kehamilan seterusnya untuk mendapat kecacatan tersebut sangat tinggi!

Percaya atau tidak, kecacatan genetik ini berisiko tinggi kepada bayi yang mempunyai ibu mengandung yang tidak suka makan sayur!

Risiko Spina Bifida boleh dihindari jika kita banyak memakan makanan yang mengandungi ASID FOLIK (Folic Acid). 400 mikrogram Asid Folik setiap hari sudah mampu untuk menghindari risiko kecacatan ini kepada kandungan.

Jika anda seorang yang memang sukar hendak makan sayur anda perlu ambil supplement dan vitamin tambahan yang boleh membekalkan asid folik.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Berminat untuk dapatkan Set Hamil Shaklee? Boleh terus mesej www.wasap.my/60128535689/Vitaminhamilshaklee