Isnin, 26 Mac 2018

Personaliti mempengaruhi semangat dan tenaga?

Ya tak cukup tidur memang buat badan rasa tak bermaya dan lembik malah kita mudah rasa cepat penat.
Kurang air juga buat badan letih....
Makan tak seimbang akan buat kita cepat sakit sebab lambat laun badan akan trigger akibat kekurangan nutrien tadi....


Tapi bagaimana pula dengan mereka yang cukup tidur , menjaga pengambilan makanan dan air yang diminum....tapi mudah rasa letih dan tiada semangat?


Sebenarnya semangat boleh hilang kalau kita tak jumpa kunci energy kita.


Makan vitamin sahaja belum jamin membantu kalau kita tak kenali punca kita jadi lemah atau hilang semangat.


Ada orang makan vitamin berbotol tapi belum dapat hasil yang diharapkan.....


Sebab mereka tidak mengenali diri mereka sendiri.


Manusia  ni terbahagi kepada 3 kategori personaliti....

Introvert

Personaliti introvert ini lebih kepada seorang yang pendiam, bersifat pasif, emosional dan kurang bersosial. Golongan ini sukakan hidup yang teratur dan sistematik.

So bila personaliti ini berada dalam pekerjaan yang menentang sifat semulajadi ini golongan ini mudah penat. Mudah letih kerana dia tenaga yang diperlukan adalah apabila mereka cuba menghabiskan masa untuk diri sendiri dengan membaca, berkebun atau apa sahaja yang buatkan mereka rasa tenang.
Image result for reading book alone
Golongan introvert lebih suka ada ruang untuk diri mereka sendiri.


Golongan personaliti ini jika ditempatkan dibahagian jualan atau yang perlu jumpa orang, mereka akan usahakan yang terbaik namun jika kena dengan caranya mereka boleh menjadi seorang yang sangat perform pada pekerjaan mereka.


Extrovert

Personaliti Extrovert ini pula bertentangan dengan introvert. Golongan ini lebih suka berjumpa dengan orang, sukakan keraian, sangat mesra, suka bercakap dan golongan ini akan lebih bertenaga bila dapat bekerja dalam kumpulan kerana mereka suka kepada kemasyarakatan.

Namun jika personaliti ini mendapat pekerjaan yang perlu duduk di depan komputer membuat analisis atau pekerjaan yang hanya perlu dilakukan seorang diri, golongan ini akan mudah bosan dan mudah rasa letih.

Image result for working in groups
Golongan extrovert lebih suka bekerja dalam kumpulan.



Ambivert 
Kita biasa dengar Introvert atau Extrovert kan? Ambivert adalah golongan yang mempunyai kedua-dua personaliti ini iaitu introvert dan extrovert. Maka personaliti Ambivert ini unik namun perlu ada ujian untuk memastikan personaliti kita 50% introvert dan 50% extrovert. Golongan personaliti ini biasanya boleh mendapatkan energy secara persendirian atau berkumpulan. Ada yang mungkin energetic dalam banyak masa asalkan mereka ada ruang untuk recharge.

Image result for energetic


So paling penting sebenarnya kita perlu tahu dari mana kita boleh dapatkan sumber tenaga untuk kita recharge untuk kita kekal bersemangat dan bertenaga. Kalau kita introvert maka kita perlu ada ruang untuk diri sendiri kerana dengan cara itu kita akan mendapat tenaga. Bagi orang extrovert pula dia perlu keluar untuk dapatkan tenaga.


Jadi untuk lebih bersemangat dan bertenaga, kenali diri kita maka mudahlah tahu nak cari sumber tenaga.


Oh ya, boleh cuba buat test kat sini untuk kenali diri anda.




*


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa