Jumaat, 30 Mac 2018

Masa lapang ANTARA nikmat hidup yang paling hebat Allah berikan.

Image result for allahumma inni as'aluka ilman naafi'an wa rizqan


Dalam perjalanan ke Kota Bharu semalam, kami pasang video ceramah ustaz Azhar Idrus...sebagai pengisian kerohanian. Tertarik dengan ceramah yang beliau sampaikan antaranya ialah ...salah satu nikmat dunia yang paling hebat adalah masa lapang.

Diriwayatkan dari Nabi Muhammad S.A.W., Baginda S.A.W. bersabda : "Ambillah peluang yang lima, sebelum (datang) yang lima;
  • Masa mudamu sebelum datang masa tuamu;
  • Sihatmu sebelum sakitmu;
  • Kayamu sebelum fakirmu;
  • Hidupmu sebelum matimu;
  • Masa lapangmu sebelum datang kesibukanmu."
(Diriwayatkan oleh al-Hakim dan al-Baihaqi)
Masa lapang ni sebenarnya yang boleh digunakan sebagai masa mendekatkan diri dengan Allah, masa bersama ahli keluarga dan sahabat handai....selain masa lapang ni perlu untuk kita isi dengan amalan yang kita akan bawa sebagai bekalan di padang mashyar nanti.

Ya, hebat masa seseorang berjaya dalam bidangnya...andai tiada masa lapang alangkah ruginya. Masa lapang ni yang semua manusia perlukan selain masa untuk bekerja.

Nak bercuti perlu masa lapang, nak menunaikan umrah perlukan masa lapang, nak ke ceramah agama perlu masa lapang, nak ke kelas atau seminar pun perlukan masa lapang.....

Maka sebab itu dianjurkan kita menjaga solat kerana untuk mendapatkan masa lapang sebenarnya adalah dari keberkatan menjaga solat.

Bila kita sibuk dengan urusan dunia semata sebenarnya jiwa kita akan tertekan, rumahtangga dalam ambang ujian, walau rezeki datang melimpah ruah namun adakala ianya istidraj semata-mata. Nauzubillah.

Betapa banyak doa yang dikongsi antaranya adalah mohon umur yang diberkati dan kita berada dalam ketaatan pada ilahi...

Akhir zaman, manusia diajar sibuk untuk memenuhi kemahuan sehingga adakala kita sanggup langgar batasan agama sedangkan kita hidup bukanlah selamanya.


Masih ingat kisah salah seorang hamba Allah ini....beliau seorang yang sangat bekerja keras mungkin sebab pangkat yang disandang. Sebelum umur bersara, beliau diuji dengan penyakit yang kritikal. Saya sempat berbual dengan beliau untuk sesi kaunseling.... atas dasar permintaan kawan  [ ayah kepada kawan saya] . Allahyarham ini bercerita, beliau amat sibuk dengan kerjaya beliau. Adakala bila balik lewat memang takkan solat kerana kepenatan maka bila balik terus tidur. Bila beliau sakit, beliau mula menyalahkan takdir...mengapa beliau terpilih mendapat penyakit itu. Maka saya sebagai orang muda cuma menyarankan arwah ini memperbanyakkan mengaji dan mendekatkan diri dengan Allah. Beliau mengakui bukan mudah dengan rutin yang perlu dilalui memandangkan beliau sangat sibuk dengan urusan dunia semata-mata sebelum ini. Tak lama selepas itu beliau meninggal dunia. Namun sesi perbualan telefon dengan arwah [ beberapa kali juga berbual di telefon atas permintaan kawan]banyak membuka mata saya...hidup ini bukan untuk dunia semata.

Hakikatnya Allah jadikan dunia sebagai ladang akhirat. Apa yang kita tanam di dunia itulah bekalan di akhirat nanti.

Mana mungkin kalau kita tanam pokok jagung, yang keluarnya buah durian.

Samalah dengan dunia ini....jika kita tidak mohon dengan Allah sambil usaha untuk dapatkan pengakhiran yang baik....mana mungkin kita akan memperolehinya.

Mulai hari ini, jom kita sama-sama sediakan ruang muhasabah diri untuk mendapatkan hidup yang diberkati.


Landasan hidup ini perlu agama. Kerana dengan agama kita akan mempunyai batasan dalam menguruskan dunia. Kerana dengan adanya agama kita takkan menongkat dunia. Dunia dan seluruh isinya takkan kekal lama. Sampai masanya kita semua akan mengadap Allah yang Maha Berkuasa. Di kala itu tanpa amal kitalah manusia yang rugi, dulu kini dan selamanya.


Jom sama-sama kita banyakkan selawat dan membaca Al Quran semoga kita menjadi umat nabi Muhammad yang dikasihi Allah dan mendapat syufaat nabi di akhirat kelak.

Ingatlah, jika kita menjaga akhirat, dunia akan mengikut kita. Jika kita mengejar dunia, akhirat akan tercicir. Di dunia ini, kita tidak berpeluang untuk berehat dengan pengertian rehat sebenar sehinggalah tiba hari kematian. Kita akan benar-benar berehat, jika di dunia kita tidak kenal erti berehat kerana sibuk mengerjakan amal soleh untuk bekalan di alam kubur nanti.

Wallahu alam.



♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa