Jumaat, 16 Mac 2018

Kenapa pentingnya aktiviti senam ?

Sejak dari bangku sekolah saya tak minat sukan. Jika ada latihan sukan aje akan buatkan lutut saya terus lemah longlai...memang tak minat. Saya minat aktiviti seperti pidato, bahas dan ceramah.  Masuk Universiti pun sama...sukan bukan pilihan saya.

Tapi alhamdulillah dapat jodoh orang sukan. Walaupun hanya main basketball, tapi sebab untuk ligat main kena maintain stamina jadi suami saya akan sentiasa bersenam.

Pada mulanya saya ingat dengan banyak berjalan kaki atau turun naik tangga 15 kali sehari dah mencukupi...dan sebab itu bila travel saya suka berjalan sebab saya assume ia boleh jadi aktiviti senaman saya. Rupanya tak banyak pun ia menyumbang kepada kesihatan tubuh jika nak banding dengan aktiviti khusus yang perlu.

Kenapa baru sekarang nak bersenam? Saya mula insaf bila mak mertua kata, rupanya bila seseorang itu tak bersenam atau melakukan aktiviti riadah dengan betul, muscle atau otot akan mudah mengecut. Macam kereta la. Bila tak diguna maka lambat laun enjin akan pasti rosak.





Senaman pula sebenarnya ada 2 jenis :

Cardio - fokus untuk jantung namun sudah pasti ia juga membantu membakar lemak secara tidak langsung. Banyak aktiviti yang kita boleh buat untuk aktiviti yang fokus pada Cardio contohnya

Contoh yang boleh kita lakukan di rumah bersama keluarga.

Weight Lifting - latihan angkat berat selain membentuk muscle [otot] yang kuat ia juga membantu kita dapatkan kekuatan fizikal.

Bagus ada small dumb bell kat rumah untuk kita guna bila bersenam.
Ya suami saya kata dua-dua aktiviti mesti ada. Kalau tak, ia takkan seimbang. 

Contoh ramai aje orang yang datang gym buat weight lifting, badan berketak 6 pax...tapi tak boleh berlari laju sebab golongan ini hanya fokus untuk dapatkan body yang mantap tanpa latihan melibatkan cardio. Tak kurang juga orang yang rajin buat aktiviti cardio jarang mempunyai kekuatan untuk angkat berat sebab hanya fokus pada kesihatan jantung semata-mata.

Saya pun baru aje mula sejak beli basikal kayuh kat Goshop. hehehe dan saya share dalam entri saya yang Usaha Nak Kuruskan Peha.

....at least better late than never omputih kata. Masih belum terlambat nak usaha apa pun yang kita mahu asalkan ada kemahuan yang kuat.


Selari dengan falsafah bisnes Shaklee....


Nanti saya share vitamin yang minima untuk kesihatan optima pula. Stay tune!



 ♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa