Selasa, 20 Februari 2018

B complex bantu naikkan kolestrol baik?

Sebelum ini saya sharekan tentang result health screening saya on liver dan kidney. Saya ada juga share kan result untuk kolestrol dan gula dalam darah saya dalam keadaan baik.

Di bawah ini adalah keputusan terkini kandungan kolestrol dan gula dalam darah yang saya ambil sebelum BLNC baru-baru ini.

Mengapa saya rajin sangat nak buat health screening? 

1. Sebab saya nak tahu keadaan buah pinggang dan hati saya. Ada yang kata makan vitamin boleh rosak 2 organ ni. 

Pada saya pendapat tu tak salah kalau kita makan vitamin yang kualiti dia tiada jaminan, makan vitamin melebihi dos yang disarankan atau makan vitamin banyak tapi tak suka minum air masak. Ha ni boleh ganggu 2 organ utama tadi.

Tapi kalau kita pilih vitamin yang baik dan berkualiti, terjamin selamat, makan ikut dos disarankan dan yang utama minum air masak ikut keperluan tubuh...insyaAllah vitamin memberi banyak manfaat pada tubuh.

2. Sebab saya suka makan seafood. Sangat suka. Kalau makan buffet dinner kat hotel, jika ada udang saya boleh makan 5-6 ekor udang besar, tambah lagi kerang 1 mangkuk, belum masuk ketam dan tiram lagi. Ni semua boleh naikkan kolestrol....ha dah makan banyak pandai takutttt. Jadi kena amik tau berapa bacaan kolestrol dan gula dalam darah.



Balik kepada tajuk entry saya...tahukah kita bahawa vitamin B3 atau nama saintifiknya Niacin adalah berfungsi untuk boost HDL Cholestrol....iaitu kolestrol baik.  Jika kolestrol baik kita tinggi maka secara langsung kolestriol baik kita akan berkurang.


Sehingga hari ini saya memang fokus makan vitamin yang meningkatkan kolestrol baik iaitu HDL. High Density Lipid. Selain Omega - minyak ikan, protein, Vitamin B, Lecithin dan garlic sangat membantu meningkatkan kolestrol HDL.


Paling murah adalah Vitamin B Complex la antara semua vitamin yang disenaraikan. Lagi penting  kita perlu tahu bahawa  vitamin B Complex larut air maka ia mudah musnah bila kita stress, bila kita terdedah pada cahaya matahari yang terik, bila badan terlalu letih dan bila kita mood swing.

Maka sebab itu Vitamin B Complex bukanlah satu vitamin yang hanya untuk buka selera makan atau menggemukkan tetapi ia bantu tubuh kita sihat secara menyeluruh.

Kesimpulannya jangan pandang remeh pada B complex.


pssstttt ......U all dah cek kolestrol dan gula dalam darah?