Isnin, 22 Januari 2018

# Motivasi

Kecewa jangan bawa ke laut.

Semua orang pernah kecewa kan?



Paling muda masa zaman sekolah...bila tengok result exam....yang mengecewakan bila buku rekod pencapaian ada warna merah.

Tapi zaman dulu tiada banyak pilihan...kita cuma tahu kalau subjek tu tak cemerlang...kena lebih belajar faham dan usaha untuk dapat keputusan lebih baik.

Kecewa mak tak masak lauk kegemaran... tetap tak banyak pilihan maka kita akan makan apa yang mak masak.

Itulah kehidupan yang saya lalui dan mungkin ramai juga yang lalui perkara yang sama.....

Berbeza dengan kehidupan hari ini....


Ramai orang kecewa dan kecewa itu buat mereka terus ke laut....maksudnya terus hanyut dek kerana ikut perasaan.


Zaman sekarang...

Ramai anak yang jadi tuan...tak suka , lari rumah cari kawan....

Result exam teruk? So what?

Gagal satu bidang...terjun bidang lain.



Ya sebenarnya semua orang juga melalui kekecewaan tapi ada ramai juga yang jadikan kekecewaan itu panduan mereka untuk mengorak langkah membina masa depan dan mencari kejayaan.


Saya pernah kecewa kerana menganggur lama lepas habis universiti....dah dapat kerja, masih ada kecewa kerana  masa banyak habis untuk kerjaya bukan keluarga....tapi kecewa tak boleh terus berlarutan. Kena usaha untuk jadikan kekecewaan itu pemangkin untuk kehidupan yang lebih baik.


Bila buat Shaklee fulltime, saya belajar manage kecewa yang saya lalui... melalui pembacaan, kursus, pergaulan , apa yang kita lalui buat kita belajar....jika terus kecewa ia boleh buat kita ke laut. Hidup tiada arah dan matlamat entah ke mana dan mula menyalahkan orang lain.




Kecewa boleh mengubah kita jadi yang lebih baik. Terima hakikat dan kita ubah apa yang boleh kita ubah dari diri kita. Perubahan sikap itu mengubah hasil yang akan kita perolehi. walaupun ia berlaku bukan dalam sekelip mata namun berbaloi.

Paling utama kena yakin pada Allah dan yakin pada impian.


Oh ya, kekecewaan tetap akan datang dan pergi...cuma kita pastikan kita tak ke laut hanyut kerana ikut perasaan dan hati yang lara. Kita ada Allah dan Quran sebagai panduan. Islam adalah cara hidup. Sabar kerana setiap kesulitan ada kemudahan. Wallahu alam.





 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia