Ahad, 19 Februari 2017

Shaklee sebagai karier?

Februari 19, 2017 0 Comments
Alhamdulillah baru selesai conference seharian yang berlangsung di Sunway Convention Centre. Hari yang sangat mengujakan!

Yes Shaklee kini dah berwajah baru dengan memberkit baru yang lebih informatif, kreatif dan paling utama mantap dengan semua info.

Conference yang julung-julung kalinya diadakan yang mana menjemput seluruh pemimpin yang layak dan memaklumkan sema info terkini dari syarikat dan insentif yang  ditawarkan.

Ya kami dah menjadikan Shaklee sebagai karier kami...

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada ALLAH kerana diberi peluang duduk sebelah dengan pemilik syarikat Shaklee Corporation iaitu Mr Roger Barnett.

Shaklee Terengganu
With owner of Shaklee Corporation Mr Roger Barnett


Alhamdulillah berpeluang juga bergambar dengan salah seorang orang kuat Shaklee iaitu Mr Les Wong dan Saintis Mr Bruce Daggy.

Dari kiri, Mr Les Wong, saya , Mr Bruce Daggy, suami saya dan mak mertua saya.


Sekali alhamdulillah syukur kepada ALLAH kerana dijemput makan tengahari bersama pemilik syarikat Shaklee iaitu Mr Roger Barnett dan beberapa pemimpin yang lain tidak lupa turut serta GM Shaklee Malaysia Puan Helen Lam dan beberapa VP Shaklee  Malaysia.


Join ahli Shaklee?
Seorang pemilik syarikat yang humble dan terus gigih membangunkan syarikatnya.


Oh sebelum terlupa, nak tahu tak Shakle menawarkan satu insentif yang sangat menarik!!! 

Insentif trip Shaklee
Insentif tahun 2018!


Dari dulu pernah berangan nak naik cruise...so sekarang ada peluang untuk cuba. 
Semua orang layak untuk mendapatkannya dengan syarat sanggup bekerja keras dan paling utama mempunyai cita-cita yang besar.

Berminat nak sertai organisasi kami?

Tak kira di mana ada berada, kami akan cuba membantu anda berjaya. 
Kejayaan anda adalah kebanggaan kami.


Jika mencari pekerjaan atau mencari pendapatan sampingan anda boleh cuba Shaklee!

Mengapa Shaklee? 

Kerana Shaklee adalah cerita tentang kesihatan!

Kerana Shaklee adalah cerita tentang harmoni dengan alam sekitar.

Kerana Shaklee adalah cerita tentang apakah perkara yang betul!

Kerana Shaklee adalah cerita tentang dunia yang lebih baik!


Berminat nak sertai kami? Boleh whatsapp di 0128535689 untuk maklumat lanjut!






 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 12 Februari 2017

Minuman kesihatan seisi keluarga

Februari 12, 2017 0 Comments
Dah jadi kebiasaan kami sekeluarga, jam 10.30 malam adalah waktu minum atau supper [ makan biskut dengan air panas] bagi anak-anak.

Ya satu sebab untuk pastikan anak minum cukup air at least segelas sebelum waktu tidur. Adakala mood malas nak makan biskut anak-anak request minum protien. So bila sebut protien, sebenarnya kami berikan mereka 3 jenis supplement iaitu ESP, Meal Shake dan Performance Drink.

Shaklee Miri
Shaklee Triple Gems


Oh ya minuman ini juga yang mereka ambil pada waktu pagi selepas solat subuh.

Kami jadikan amalan supaya mereka boleh bertahan untuk tunggu makan pagi atau terus ke lunch bagi Addin.

Kenyang ke?

Ya sangat mengenyangkan kerana kini saya bancuh Meal Shake 2 scoop , ESP 1 scoop dan Performance drink dalam 1 sudu teh.

Supplement ini lengkap untuk pembesaran mereka kerana ESP membekalkan protien untuk tubuh mereka. Meal Shake sebagai multivitamin yang lengkap dengan serat dan zat galian serta Performance drink membantu mengekalkan ion dalam tubuh dan kestabilan eletrolit dalam badan.



Saya dan suami juga minum minuman yang sama pada waktu pagi cuma kami tambahkan Vivix dan kolagen.

Jika mencari supplement untuk anak-anak yang tak pandai telan vitamin atau tak suka makan vitamin tablet, boleh introduce 3 jenis supplement ini dan dibancuh sekaligus.

Alhamdulillah ia membantu anak kita sihat dan bertenaga. Paling utama membantu tubuh mereka mendapat zat yang secukupnya untuk pembesaran mereka.

Berminat nak dapatkan 3 vitamin ini?

Boleh hubungi kami di talian 0128535689 untuk maklumat lebih lanjut.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. Nak beli produk Shaklee ? Nak JOIN AHLI Shaklee ? Nak Duit Tambahan melalui Shaklee? Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com Gmail : addinnasa[@]gmail.com 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 10 Februari 2017

15 tahun kunyah Lecithin?

Februari 10, 2017 0 Comments
Zaman belajar dulu bila promote vitamin pada kekawan yang student memang saya tak lupa pada Lecithin. Sebab apa tau? Sebab kita tahu zaman belajar nak kena mengingat banyak terutama jika libatkan subjek yang banyak fakta bukan auta.


Ya 15 tahun dulu saya kunyah bila makan Lecithin .


Nampak pelik tapi benar...kalau 6 biji maka 6 biji tu la saya kunyah macam makan kacang.

Apa rasa dia? Rasa kelat minyak aje. Tak menjengkelkan pun sebab otak saya bayangkan saya makan tempe. Punyalah naif nya waktu tu....

Adik-adik saya pun saya pesan makan. Mana yang nak kurus saya suruh makan lagi konsisten.

Bayangkan permintaan Lecithin meningkat bila time nak exam. Kalau jumpa orang nak kurus lagi la berbotol-botol vitamin beli buat stok.

Namun sekarang saya dah tak makan kunyah lagi...sebab lepas saya kunyah Omega Guard rasa Omega Guard 10 kali lagi sedap dari makan Lecithin. So tak pernah la lagi saya kunyah Lecithin ...sekarang makan telan aje terus.

Dah makan lebih 15 tahun tak muak ke? Alhamdulillah tak muak sebab kena telan aje kan? Ditambah orang macam saya yang suka makan makanan laut yang kaya protien dan terdedah kepada risiko uric acid yang tinggi so lagi la kena konsisten makan Lecithin.

Kata seorang amoi yang boleh kata pangkat nenek dengan saya...kalau amal Lecithin konsisten kita takkan ada masalah isi badan menggelebeh terutama di bahagian belakang badan.



Part cantik point dia akan lekat kuat sikit dalam otak hehehehe....

Nak kuku cantik, rambut cantik...memang bagus amal Lecithin.

Bulan ni pulak ada stock clearance offer buy 1 free 1. Saya dah grab awal dah! Anda bagaimana? Takkan tengok sahaja kan?






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Nak beli produk Shaklee ?

Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Paksa untuk berani demi anak.

Februari 10, 2017 0 Comments
Disneyland Hong Kong 2012


Gambar ini memberi saya banyak kekuatan ...bayangkan kami pertama kali keluar negara yang jauh sedikit dari Malaysia. Sebelum tu hanya berani ke Singapore sahaja.


Bulan ni bulan Mac 2012 yang mana ia berlaku selepas kami dapat naik rank Master Coordinator dalam Shaklee. Namun ia bukanlah satu pencapaian yang terlalu besar kerana dalam dunia pangkat tak pernah kekal. So saya lalui dengan mencipta satu keseronokkan bersama keluarga.

Masa tu pula kebetulan TV selalu tunjuk gambar Disneyland Hong Kong. Orang macam saya yang tak pernah jalan oversea lebih jauh dari Singapore memang teruja sangat nak bawak anak ke Disneyland Hong Kong.

Duit ada tapi bukanlah banyak sangat...jujurnya saya belanja upfront guna kad kredit. Saya jadikan ia komitmen bulanan untuk saya bayar. Ha ni dipanggil senang dulu susah kemudian. Jika berani boleh aje tiru....

Saya bagi tahu suami saya nak bawa anak ke Disneyland Hong Kong. Saya amik tiket melalui AirAsiaGo yang mana tiket dan hotel dah siap sekali. Masa tu rezeki anak saya dapat sangat murah dalam RM6000 lebih sahaja untuk tiket pergi balik naik Air Asia dan stay hotel di Disneyland 4 malam.

Tak takut ke? Hmm kalau takut duduk rumah aje la jawabnya...tak dapat tengok dunia luar.

Makan memang susah gak dapat makanan halal tapi bawak maggi dan masa tu banyak makan buah dan roti aje. Anak-anak memang happy sebab seumur hidup mereka tak pernah lalui jumpa karektor tv secara alam nyata.

Dengan keberanian jalan ke Disneyland Hong Kong la lepas tu saya mula berani tanam impian jauh sikit untuk anak.

Ya duit saya banyak dahulukan untuk anak...saya nak anak saya puas jelajah dunia. Jelajah dengan penuh keseoronokkan. Tidur yang selesa, perjalanan yang menyeronokkan...

Masa awal-awal bisnes Shaklee mula menaik , kami tak guna duit beli kereta mahupun rumah. Kami guna untuk travel...tengok dunia dan beri anak keseronokkan. Ya nanti anak besar, jalan-jalan Disneyland tak sama semasa mereka kecik. Excitement dia berbeza.

Satu lagi rezeki alhamdulillah tahun yang sama kami jejak kaki menunaikan umrah ziarah Turki dan jemputan ke Indonesia perasmian Shaklee Indonesia. Malah sebelum balik dari Hong Kong lagi, kami dapat jemputan menjalani ibadah Umrah dengan Shaklee pada tahun yang sama selang 2 bulan balik dari Hong Kong.

Semuanya bermula bila kita dah lawan rasa takut yang ada dalam diri.

Jangan takut bermimpi...Allah ada, Dia Maha Kaya dan Dia Maha Pemberi. Mintalah dengan niat nak gembirakan anak...insyaALLAH ada jalan terbentang luas.


Tiada yang mustahil bila ada ALLAH!


 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 8 Februari 2017

Amal GLA Complex bersama Omega Guard untuk kulit yang cantik dan muda?

Februari 08, 2017 0 Comments
Ramai yang suka ambil GLA kerana kelebihan GLA itu sendiri iaitu menstabilkan hormon di dalam tubuh , membantu kestabilan kandungan gula dan even ia juga bagus untuk kestabilan tekanan darah kita.

Biasa dengar ramai yang ambil GLA sebagai salah satu usaha untuk kesuburan dan bagi mereka yang merancang untuk menambah bilangan anak.

Tidak kurang juga yang amal GLA untuk dapatkan kulit yang flawless dan berseri. Ya ianya benar dan tidak dinafikan.

Namun tahukah anda, untuk mendapatkan kulit yang bukan hanya cantik tapi nampak sangat muda dari usia sebenar...amalkan pengambilan GLA bersama dengan Omega Guard.

Ini kerana GLA mengandungi Omega 6 dan ianya akan lebih baik bila diamalkan bersama Omega Guard yang kaya dengan Omega 3. Keseimbangan keperluan Omega ini bila dipenuhi akan menghasilkan keputusan yang sangat baik untuk kesihatan bukan hanya wajah tapi seluruh tubuh.


Bagi mereka yang ada masalah jerawat batu atau kulit bermasalah, cubalah jadikan amalan pengambilan vitamin 2 ini iaitu GLA dan Omega serta ditambah dengan Vitamin C SR bersama Carotomax untuk kulit yang sihat dan bebas dari jerawat atau masalah kulit yang lain.


Walau bagaimana pun, untuk dapatkan kulit wajah yang cantik dan muda bukan hanya dengan vitamin semata tetapi juga perlu seimbang dengan tidur yang cukup , pengambilan air yang seimbang dengan keperluan badan, pemakanan harian yang tidak terlalu berminyak dan sedikit senaman.


Jom cantik luar dan cantik dalam!


Vitamin Cantik
Ehsan google



Nak beli produk Shaklee ? Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 3 Februari 2017

Umrah Ziarah Jordan bersama Shaklee Malaysia

Februari 03, 2017 0 Comments

Lama dah berupdate blog... bukannya sibuk sampai takde masa tapi bila anak dah besar cabaran lebih hebat bila nak duduk depan komputer update blog.

Alhamdulillah selesai umrah 2017 sebagai trip pertama awal tahun kami.

Syukur kerana ALLAH mengizinkan kami sekeluarga untuk menjadi tetamu Allah sekali lagi tahun ini.

Lebih hebat lagi trip tahun ini Shaklee belanja ziarah ke Jordan.

Trip Shaklee 5 star


Kami menaiki penerbangan Royal Jordanian terus ke Jordan dari Kuala Lumpur. Sesampai awal pagi, cuaca di Jordan sangat la sejuk. Suhunya 0 darjah celcius. Sejuk yang amat.  Cuma salji aje yang tak de.

Dari Jordan kami bertolak terus ke Petra...bandar kota lama yang penuh dengan sejarah. Jalan kaki dan melihat keindahan kota lama Petra adalah satu rahmat yang besar.

Bermalam di Movenpick Dead Sea berpeluang melihat suasana yang sangat mendamaikan....
Oh ya ini trip kedua kami ke Jordan. Trip yang pertama saya pergi bersama ahli keluarga dan kawan terdekat melalui trip yang saya sendiri aturkan. Namun pastinya tak dapat tandingi trip yang Shaklee tawarkan. Hari kedua  kami meneruskan perjalanan ke Marriot Amman...manakala hari terakhir kami dapat melawat makam Sahibul Kahfi [ 7 sahabat yang tertidur dalam gua selama 302 tahun jika tak silap] dan makan Nabi Syuib.

Selesai ziarah Jordan kami meneruskan perjalanan ke Kota Madinah Al Munawarah. Bermalam di Hotel Obroi yang bertaraf 5 bintang selama 3 malam. Alhamdulillah dapatlah masuk dan solat sunat di raudhah bersama ustazah yang membimbing kami.

Seterusnya seperti biasa perjalanan diteruskan ke Mekah Al Mukaramah jam 3 petang pada 15 Januari 2017. Sesampainya di Mekah kami diberi penginapan di Hotel Hilton yang juga bertaraf 5 bintang. Alhamdulilah selepas diberikan makan malam , semua jemaah memulakan ibadah umrah seawal jam 11 malam. Seronoknya bila melaksanakan ibadah umrah bersama ahli keluarga dan rakan taulan. Alhamdulillah kami selesai tahalul jam 1.30  pagi lebih kurang.

Kali ini saya dah keluarga tidak dapat mengikuti banyak program ziarah kerana anak dan suami saya demam. Alhamdulillah kata ustaz mutawif , beruntungnya mereka yang dapat demam di Mekah kerana ganjaran yang ALLAH sediakan sangat hebat.

Walaupun perjalanan balik mempunyai sedikit masalah teknikal di mana kami strended di airport Jordan selama 8 jam namun ia juga satu pengalaman baru yang menarik buat kami sekeluarga. Ya adakala apa yang berlaku bukanlah kehendak kita namun pastinya ada hikmah disebalik setiap kejadian yang ALLAH atur untuk kita. Moga dengan ujian itu mendekatkan kita dengan ALLAH pencipta sekalian alam.


Itulah uniknya Shaklee....trip yang yang diberikan setanding dengan usaha yang kita curahkan....

Shaklee menghargai pemimpin mereka yang aktif. Kami bersyukur menjadi sebahagian yang terpilih.


Anda ingin sertai organisasi kami dan menjadi dari sebahagian dari keluarga bisnes kami? Boleh hubungi saya Norita 0128535689 untuk maklumat lebih lanjut.







 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?

 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia