Selasa, 17 Januari 2017

Apakah amalan yang Allah suka?

JANGAN BANGGA DENGAN BANYAK SOLAT, PUASA DAN ZIKIR
KERANA ITU SEMUA BELUM MEMBUAT ALLAH GEMBIRA...

MAU TAHU APA YANG MEMBUAT ALLAH  SUKA ???

*Nabi Musa :* Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah.
Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau SUKA ?

*Allah :*
SOLAT ?
Solat mu itu untukmu sendiri, kerana dengan mengerjakan solat, engkau terpelihara dari perbuatan keji dan munkar.

*DZIKIR ?*
Dzikirmu itu membuat hatimu menjadi tenang.

*PUASA ?*
Puasamu itu melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu.

*Nabi Musa* : Lalu apa ibadahku yang membuat hatiMu senang Ya Allah ?

*Allah :*
SEDEKAH, INFAQ dan ZAKAT serta AHLAQUL KARIMAH mu.

Itulah yang membuat Aku senang, kerana tatkala engkau membahagiakan orang yang sedang susah, Aku hadir disampingnya. Dan Aku akan mengganti dengan ganjaran 700 kali  (Al-Baqarah 261-262)



 
Nah, bila kamu sibuk dengan ibadah ritual dan bangga akan itu... maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukan Allah.

Tapi, bila kau berbuat dan berkorban untuk orang lain, bersedekah, infaq, berzakat untuk orang lain, serta melunakkan hatimu kepada orang lain... maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah senang karenanya.

Buatlah Allah senang maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dengan membuat hidupmu lapang dan bahagia

_(Kitab Mukasyafatul Qulub Karya Imam Al Ghazali)_

Note: 
Sedekah yg terbaik adalah bersedekah disaat kamu miskin.

Isnin, 9 Januari 2017

Anak cemerlang bila dapat perhatian.


Ibu yang sibuk
==========
Masa Nasa darjah 1 saya terlalu sibuk dengan bisnes. Sangat sibuk sehingga saya tak alert pun macam mana result dia di sekolah.Masa tu 2014 bisnes memang macam air bah.
Sampailah cikgu tegur kenapa Nasa tak pandai [ erti kata lain corot]
Dalam concern saya tak take action....sampailah hujung tahun. Nak masuk darjah 2...saya mula rasa bersalah.
Namun 1 saya selalu minta orang doa agar anak2 saya jadi anak yang baik dan masa depan yang baik.
Saya mulakan dengan doa. Saya mula beri masa mengajar kat rumah. Addin darjah 6 maka perhatian dah kena lebih sebab sorang nak amik exam dah.
Abah Addin dan Nasa pun buat jadual khas untuk mengajar mereka berdua.
Ya saya bekas guru dan punya diploma namun sapa kata senang nak mengajar anak sendiri kan? 
Setiap tahun akan ada cara dan teknik yang baru. So dalam waktu yang sama kena belajar juga dengan anak yang nak amik exam.
Abah ajar English dan Sains. Ibu ajar BM dan Maths.
Duduk kat meja dalam sejam or sejam setengah untuk belajar.
English dan BM diorang kena salin karangan aje. Setiap hari kena ada 1 salinan. Kalau mood saya tak berapa baik, banyak karangan yang kena salin.
Subjek Sains mencabar gak tapi kami akan tengok jawapan dulu kemudian baru mengajar cara jawab. 
Sama dengan Nasa....dia mula score English dengan 88/100 dan buat kami pun terkejut. Pandai pula dia jawab exam permulaan periksa tahun 2.
Addin ada improvement dari subjek banyak dapat C kepada B. Percubaan UPSR banyak tapi tak pernah satu pun dapat straight A's. Pada saya tak per dia dah cuba yang terbaik.
Anak-anak yang baik sebab tak merungut kena ikut buat training...ye la selalu turun naik kapal terbang. Ada habuan menanti setiap kali lepas kelas@ training saya.
Saya selalu tanam dalam minda anak saya, yang bagi A dalam peperiksaan bukan cikgu tapi Allah. So kena usaha amik hati Allah dengan rajin solat sunat, solat hajat etc. Mereka juga belajar mengaji surah lazim seperti Yassin, Al Waqiah dan Al mulk setiap hari.
Ya kena ada pengorbanan...nak anak berjaya kena ada masa untuk anak. Bukan bisnes semata dan tolak tanggungjawab pada cikgu sekolah sahaja.
Alhamdulillah Addin dapat UPSR straight A dengan izin ALLAH juga.
Nasa juga dapat anugerah pelajar cemerlang untuk kelas dia pada tahun 2015.
Apapun result periksa bukan penentu kehidupan mereka akan datang... tapi ilmu agama yang mantap adalah jaminan untuk mereka menjadi orang yang beriman dan alim, mudah-mudahan.