Selasa, 12 Disember 2017

# harga ahli # Menjadi Ahli Shaklee

Tak sangka ianya adalah hasil 18 tahun dulu

Masa saya kecik ada satu pokok besar yang menghasilkan buah yang masam manis yang kami panggil buah kemang. Entah sapa yang tanam tapi pokok tu sangat la besar dan tinggi. Pantang dengar buahnya gugur kami mesti berlari amik dan kutip. Sedap betul bila arwah atuk potong dan taburkan gula dan peram dalam peti sejuk. Nanti bila makan rasa masam-masam manis dan ianya sangat sedap dan adakala buat sambal belacan...fuh memang terliur.

Mungkin ada yang tak tahu buah kemang tu apa...tapi selepas saya google...ia juga dipanggil buah binjai. Tapi arwah mak kata pokok ni dah tak de lagi kat kawasan rumah atok lama sebab dah tumbang...wallahu alam. Namun pada saya sangat bersyukur masa kecik puas juga makan buah ni.


Ya bila teringat pokoknya yang besar...saya pasti terfikir berapa lama agaknya ia ambil masa nak membesar setinggi sedemikian?Pastinya lama. Orang yang kutip hasil [ buah yang gugur] jarang amik peduli hal begini kerana ada yang menganggap ianya remeh.

Hal sedemikian berlaku pada saya...18 tahun dulu saya sign up Shaklee sebab nak cari penawar migrain teruk saya dan saya nak cari pendapatan tambahan masa belajar. Siapa la sangka berkat sabar dan istiqamah [ walau ada segelintir yang anggap lambat]  saya tetap bersyukur kerana ia menjadi kerjaya saya hari ini. Bangga bila orang tanya kerja apa? Saya akan jawab...freelance trainer dan health advisor.

Alhamdulillah hasil dari tindakan 18 tahun dulu, saya kini bekerja dari rumah. Alhamdulillah merasa jalan luar negara yang free [ ditaja] atau berbayar. Syukur alhamdulillah.


Ya apa yang kita usahakan dulu hasilnya baru kita raih sekarang. Jadi apa yang kita usahakan sekarang....yang pasti hasilnya kita raih akan datang.


So jangan dok termenung...usahakan sesuatu supaya ada masa depan yang terjamin.

Kita yang mencipta masa depan kita.


Shaklee Terengganu





Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia