Isnin, 6 November 2017

# Keunikkan Shaklee # Motivasi

Kenapa ramai ibu ada beg macam beg Doraemon?

Biasa kan kita pergi kedai makan atau restoren ...kita akan temui banyak keluarga yang semua ahlinya sibuk dengan handphone.





Tidak terkecuali kami juga. Cuma adakala bila datang keinsafan kami kurangkan aktiviti melihat handphone semasa menunggu makanan.

Paling dahsyat bila kena tegur dengan anak sendiri....

Kata cari duit untuk anak...tapi asyik sibuk dengan handphone aje ni.

Terus kami abah dan ibu ni simpan handphone dalam poket dan handbag masing-masing.


Ya sebenarnya ibu dan abah ni kena kreatif kan...


Bila tahu nak makan kat luar yang mana adakala kita perlu menunggu makanan untuk dihantar ke meja ...ada ruang kosong di situ. Masa itu perlu diisi supaya kasih sayang kita sekeluarga semakin erat.

Jika semua ahli keluarga sibuk dengan gadget masing-masing ....akhirnya akan wujud jurang tanpa kita sedar.

Jurang ini akan ditutupkan oleh anasir luar secara perlahan-lahan tanpa kita sedar. Ia akan nampak kronik bila anak itu terjebak dengan perkara tak elok. Nauzubillahi min zalik. Moga Allah jauhkan perkara yang tak baik pada anak-anak kita.


Maka sebelum ia menjadi parah...kita kena usahakan sesuatu....


So dalam handbag ibu ni kena isi at least beberapa keping kertas dan pen untuk digunapakai semasa menunggu makanan sampai. Kertas, Pen atau Pensil dan pensil warna.



Antara aktiviti yang boleh kita isi bersama mereka adalah


Drawing [ melukis]

Mewarna

Ejaan

Mengisi tempat kosong melalui perkataan atau ayat.

Bingo



Ini kerana masa tu bukan lama pun tapi sangat berkualiti dan anak merasakan ibu bapa adalah kawan rapat yang boleh dipercayai. Mereka tak perlukan orang luar untuk menumpang kasih kerana tahu ibu dan ayah sentiasa ada bila bila masa mereka perlukan.


BINGO games

Jom kita eratkan kasih sayang keluarga kerana hari ini ramai ibu bapa sibuk cari duit untuk anak tapi sayangnya tak de masa untuk anak.





Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia