Sabtu, 25 November 2017

# Diariku # Motivasi

Apa yang kita percaya menarik ia berlaku dalam kehidupan kita.

Hari ni saya nak menulis tentang apa yang pernah saya lalui.... dan saya belajar dari kesilapan masa lalu.


Selepas habis belajar saya saya menghabiskan masa 2 tahun untuk cari kerja. Masa tu saya ikut suami pindah ke Sarawak. Kat sana pada saya yang tiada kawan hanya jiran rumah kiri dan kanan itulah rakan berbual saya.

Semua jabatan dan pejabat yang ada di Miri saya cuba minta kerja. Sana sini hantar resume. Tak ada yang response. Memang rasa sedikit putus asa. Paling teruk adalah apabila selepas mengaji saya akan rasa seoleh-seolah nasib tak menyebelahi saya. Memang adakala rasa kecewa tapi saya cuba juga atasi dengan mengaji pada malam hari.

Hakikatnya saya tak perlu pergi kerja pun sebab suami saya mampu untuk tanggung tapi saya rasa tanggungjawab pada arwah mak. Arwah mak meneruskan kehidupan dari seorang surirumah kepada pekerja kilang dan akhir sekali bekerja sebagai tukang masak di salah sebuah sekolah di Muar untuk membesarkan kami adik beradik.

Maka saya rasa saya perlu usahakan sesuatu supaya saya dapat kirim sedikit belanja untuk mak. Dan saya rasa saya perlu usahakan sesuatu kalau tak sia-sia belajar sampai Universiti tapi tak dapat nak sumbang pada keluarga, agama dan bangsa.



Selepas satu ketika, Allah ilhamkan saya minta kerja sebagai guru tuition. Alhamdulilah nak apply guru tuition sangat mudah...dengan sijil SPM aje. Senyum lebar bila owner tuition centre puji result Matematik dan Matematik Tambahan saya mendapat kredit yang baik. Tapi sayang, gaji yang ditawarkan terlalu rendah dan tak setanding dengan masa bekerja yang ditetapkan.

Masa ni saya baru bangun dari lena yang panjang....bagus lagi mengajar tuition di rumah.

Ya suami sayalah tulang belakang saya....yang bantu nak ramaikan pelajar datang belajar di rumah.

Saya dah mula berani berangan untuk dapatkan pendapatan tuition beribu sebulan.

Ya sebenarnya kita akan dapat apa yang kita fikirkan. 

Fikiran itu sebenarnya mempunyai tenaga yang sangat hebat dan mampu menarik apa yang kita mahu datang kepada kita.

Sekarang baru saya tahu ini dinamakan Law Of Connection. Hukum Tarikan dalam bahasa Melayu.

Sambil saya mengajar tuition, saya beranikan diri apply KPLI. Saya dah membayangkan saya menjadi cikgu sekolah rendah.

Kuasa Allah , saya dapat panggilan interview dan akhirnya dapat masuk Maktab di Miri.

Makin lama saya tak dapat nak fokus... ya homework sebagai pelajar KPLI, tugas isteri dan seorang ibu dan masa mengajar tuition. Akhirnya saya fokus untuk menjadi seorang guru sahaja.


Bermulalah keyakinan secara perlahan-lahan mengubah jalan cerita hidup kami sekeluarga.


Kini saya faham dan lebih faham....Apa yang kita fikir mempunyai tenaga untuk menarik ia datang kepada kita. Kuat atau perlahan kuasa tenaga itu balik pada kekuatan dalaman dalam diri kita.

Ya dengan memperbanyakkan istighfar, berselawat, berzikir, mengaji dan amal makruf nahi mungkar akan membuatkan tenaga tarikan lebih kuat. Itu yang saya amati.


Maka sebenarnya cara untuk otak kita singkirkan perkara yang kita tidak mahu adalah dengan berkawan dengan orang yang sentiasa positif dan berkeyakinan pada Allah serta yakin segala aturanNya adalah yang terbaik. Selain membanyakkan melihat perkara yang baik, mendengar surah mengaji, dan mulut mengeluarkan kata-kata yang baik mampu menarik energi yang baik.

Sebab itu tindakan kita sangat dipengaruhi apa yang kita fikir.

Apa yang kita dapat hari ini adalah akibat tindakan kita.

Cuma kena ingat, nak berjaya perlu bertindak. Bukan hanya melihat dan mengeluh.


Selamat beramal.





♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia