Selasa, 3 Oktober 2017

# Cirrhosis # DTX Complex

Penat .... Letih.... datang dari hati? - Pengedar Shaklee Terengganu dan Shaklee Miri

Mengapa ada orang yang jadual tidurnya hanya 3 atau 4 jam? Namun masih mampu bangun dan bangkit malam untuk menadah tangan pada Allah yang maha Esa.

Tidak kurang dari itu , siangnya penuh dengan tugasan pejabat yang tak pernah ada kesudahan?

Namun ada juga orang yang pulang dari kerja terus keletihan serta kepenatan maka tidurlah ia sampai terbitnya matahari esok.

Sebenarnya bila sesuatu yang kita usahakan itu ia melibatkan hati. Ia kunci kepada semua aktiviti yang kita lakukan.

Jika hati kita senang dan gembira...buatlah kerja lebih 8 jam pun...kita takkan rasa letih dan penat. Malah merungut jauh sekali. Kerana apa? kerana HATI kita gembira dan seronok.

Namun bila kita mula rasa penat, letih dan badan mula lembik....ia juga berkait dengan hati. Biasanya hati kita tak seronok dengan apa yang kita lakukan. Hati kita dibebankan dengan perasaan tak suka. Maka kita lakukan bukan dengan hati yang lapang.

Akhirnya kita akan banyak mengeluarkan kata penat.


'Saya dah penat,  orang asyik tanya aje...tapi belinya tidak.'

Pernah dengar dialog begini?

Dialog ini akan keluar dari hati yang berat untuk menjalankan tugasnya. Jika tugasnya membuat bahagian pemasaran...maka dengan ini boleh dikatakan individu ini membuat dengan hati yang terpaksa.
Pengedar Vivix Shaklee Terengganu


Tiada manusia yang bebas dari dosa. Sebab itu kita disarankan membaca istighfar setiap hari dan setiap saat mengingati Allah.

Sekurang-kurangnya istighfar membantu hati kita kurang dibebankan dengan dosa -dosa kita...secara tak langsung melapangkan hati dan kita mampu bekerja dengan hati yang tenang.



Adakala apa yang kita lakukan tidak dapat menghasilkan apa yang kita harapkan. Ya adakala kita perlu lakukan berkali-kali....namun akan ada 2 golongan ;

Pertama mereka yang mampu mengulangnya dengan sabar dan yakin pasti ada hasil.

Kedua, mereka yang dah merungut dan tidak mahu berusaha lagi.


Semuanya balik pada hati.


Sebab itu ada pendapat orang bijaksana berkata...buatlah perkara yang kita suka. Jika tak mampu cubalah suka kepada apa yang kita usahakan. Kerana apa? Supaya kita tetap bertenaga dan hati kita tenang.


Ya organ hati sendiri memainkan peranan besar dalam diri kita. Jika organ hati sakit...kita turut sakit. Akhirnya letih dan jika berlarutan kita akan terbaring menahan sakit.


Maka sebab itu baik hati [ perasaan ] atau organ hati perlu sihat. Sihat agar kita dapat beribadat.


Pengedar Vivix Shaklee Terengganu








Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia