Isnin, 31 Julai 2017

# B complex # ESP+B Complex+VitaminC

Nak rawat kulit yang kusam

Kulit yang terlalu kering akan mudah menampakkan wajah kita lebih tua dari usia yang sebenar....begitu juga jika terlalu berminyak akan menampakkan kulit wajah berkilat dan tidak menyenangkan.



Oleh kerana itu ramai yang mencari pencuci muka yang boleh mengatasi kedua-duanya... namun satu yang saya perasan...memakai satu jenis sahaja bukan mudah nak dapatkan keseimbanganya kerana banyak faktor juga yang perlu dipertimbangkankan. Antara faktor yang dimaksudkan ialah





Cara hidup seharian;
Ya jika terdedah dengan panas terik...tak mustahil kulit akan mudah nampak berminyak kerana peluh tadi. Jika duduk seharian dalam pejabat yang memakai pendingin udara boleh mengakibatkan kulit jadi kering dan mengelupas. Elakkan tidur lewat atau tak tentu masa kerana ia boleh mengganggu hormon tubuh kita dan akhirnya boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kusam.

Pemakanan;
Apa yang kita makan memberi kesan pada kulit wajah sebenarnya...sebab tu masih saya ingat tips seorang lelaki yang punya kulit cantik masa zaman belajar dulu...beliau kata nak kulit cantik kurangnya makan cili. Ya pemakanan yang berminyak akan menyebabkan kulit kita mudah menjadi berminyak. Sebab itu ada sesetengah penjaga kecantikan mereka amal makan Vitamin C, Vitamin E dan B complex untuk kulit yang cantik.


Pengambilan air kosong
Ramai yang memilih air manis untuk hilangkan dahaga. Adakala terlalu manis juga boleh menyebabkan kulit wajah bermasalah tanpa kita sedar. Pengambilan air kosong sebenarnya sangat penting untuk dapatkan kulit yang sihat.


Penggunaan pencuci muka dan alat kosmetik
Yes pencuci muka perlu ada kesesuaian. Bukan sebarangan. Bagus jika dapat memenuhi keperluan kulit kita. Penggunaan alat kosmetik seperti foundation mungkin boleh menutup kusam kulit wajah kita tapi sayangnya ia bukan asli. Selain itu alat cuci atau nama lain make up remover perlu digunakan untuk memastikan liang roma kulit tidak ditutup oleh foundation tadi.


Krim kulit
Ada sesetengah krim kulit akan buatkan kulit jadi lembab tapi sayangnya bila bangun tidur kulit jadi terlalu berminyak. So perlu tengok semula kondisi kita dan persekitaran. Saya sendiri akan pakai krim pelembab bila tidur dalam aircond bila travel. Kalau di rumah aircond tak berapa kuat seperti di hotel maka keperluan itu tidak sangat seperti travel.


So sebenarnya ada banyak faktor...semua kena pertimbangkan. Next entry...vitamin yang bagus untuk kulit.




📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia