Sabtu, 29 Julai 2017

# Menjadi Ahli Shaklee # Shaklee Kuala Terengganu

Kebaikan mengundang barakah.


Duit biasa menjadi ukuran setiap hari...walhal tanpa kita sedar duit datang bukanlah hanya  sebab usaha semata-mata tapi asbab barakah.

Ada orang pergi kerja sama dengan kita, buat kerja pun tak banyak beza dengan kita ...dapat gaji sama tarikh dengan kita....kenapa dia terpilih jadi pekerja cemerlang? Mungkin sebab dia berkhidmat untuk mak ayah dia, maka barakahnya Allah pilih dia dapat anugerah pekerja cemerlang.

Ada orang kerjanya biasa-biasa aje. Ada yang sampai pencen tak naik pangkat. Tapi semua anak-anaknya berjaya masuk universiti. Mungkin kerana asbab barakah , sepanjang bekerja dia tak pernah menular, tak pernah masuk lewat...cuma sebab tak banyak kemahiran tak dapat naik pangkat. Namun rezeki datang dalam bentuk anak yang berjaya. Anak berjaya ni tadi dapat kerja yang bagus, hari tua dia bahagia kerana rezeki datang dari anak-anak.

Hakikatnya ada banyak asbab yang mengundang rezeki hebat disebabkan barakah ; antaranya

Menjaga kebajikan mak dan ayah termasuk keluarga mertua.

Menjaga kebajikan keluarga sendiri

Menggembirakan hati suami, anak dan mak ayah.

Berkhidmat untuk mak ayah

Banyak bersedekah

Banyak membantu orang

Menghormati hak suami dan anak-anak

Menghormati masa keluar masuk pejabat.

Menghormati masa bekerja.

Menjaga amanah dan bertanggungjawab.

Jika berniaga , amanah dan tidak menyeleweng.

Dan banyak lagi sebenarnya....



Ya , usaha tetap perlu usaha namun jangan lupa bertawakal.



Hakikatnya dunia bukan berkisar pada diri kita sahaja. Ia melibatkan diri, keluarga dan masyarakat. Membuat kebaikan pada semua dan menjaga keseimbangan alam akan mempunyai barakahnya tersendiri.

Barakah....sedikitnya  mencukupi dan banyaknya penuh keberkatan.


Paling utama...

Kena sentiasa bersyukur kerana asbab bersyukur tadi mampu mengundang lebih banyak rezeki. Dan ingat, rezeki bukan hanya duit tapi kasih sayang, keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan, kemakmuran dan rahmat yang sangat luassssssssss. Allahu akhbar!





Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia